Selasa, 9 April 2013
SALAM
Salam semua. Banyak yang aku tertinggal dalam mengupdate blog yang inda seberapa ani. Nanti kalau nada apa-apa, ada lagi beberapa buah keluaran band-band Brunei yang akan dipaparkan disini. Ianya adalah untuk memperkenalkan durang........sekurang-kurangnya.
DARCONAEON - Shades Of Sorrow
DRACONAEON bukan sebuah band underground metal yang calang-calang. Aku sudah mendangar lagu-lagu durang sebelum MCD ani. Dengan keluarnya MCD ani aku dapat mendangar dengan lebih terperinci lagi hasil tulisan dan mainan band ani. Untuk band-band tempatan Brunei, inda banyak band yang memainkan lagu-lagu yang cukup bertenaga. Trak pertama Spawned, memberikan permulaan yang cukup heavy dan bertenaga walaupun pada pertengahan lagu dimasukan bunyi keyboard untuk memberikan suasana atau atmosfera yang sedih. Suara Izard yang growl melengkapkan lagu ani sebagai sebuah lagu pembukaan yang bertenaga daripada DRACONAEON. Trak selanjutnya, As A Shadow, bukan macam trak yang mula-mula tadi tapi ianya laju dan heavy. Tapi trak ani dimulakan dengan bunyi piano yang perlahan tapi dapat membawa fikiran kesatu dunia yang seakan-akan dilihatkan oleh DRACONAEON. Pengaruh pada lagu ani mungkin bagi aku adalah PARADISE LOST yang lama. Dengan cara dan gaya Izard membawakan lagu ani adalah perlahan macam seolah-olah mengharapkan sesuatu yang inda pernah kesampaian. Bisikan pada beberapa patah perkataan (yang diulangi) menghidupkan lagi suasana pengaruh doom/atmospheric metal. Tapi pada minit 03.00 rentaknya bertukar menjadi laju sedikit. Dan apa yang aku dapat dengar pengaruh AMORPHIS lama (era Karelian Isthmus) ada disana. Lagu ani diakhiri dengan bunyi seolah-olah meletup dan terus beranti. Lagu ketiga Across Scarlet Fields pun dimulakan dengan bunyi piano dan keyborard. Dan terus masuk riff-riff yang laju dan sederhana untuk mengganas. Dalam lagu ani selain vocal kotor, Izard jua menyampaikan dengan vokal yang bersih. Pemain drumnya menampakan cara permainan nya bertenaga dalam lagu ani. Trak yang ke empat sebenarnya tidak dinyatakan dalam tracklist tapi yang aku difahamkan lagu terakhir ialah Shadowmist. Pemain drumnya memang mempunyai cara permainan yang bertenaga. Pada minit yang 02.00 suasana sedih seolah-olah timbul dan ditukar oleh bunyi yang berat. Dan penghabisan lagu ani jua ada unsur-unsur progresif, sebagai penutup pada lagu ani.
Dari semua lagu dan produksi dalam MCD ani membuatkan aku berpuas hati. Semestinya ada unsur-unsur atau pengaruh-pengaruh band yang aku sebutkan tadi. Terdapat jua unsur-unsur DAYLIGHT DIES selain daripada band-band death metal yang lain. Macam yang aku katakan tadi inda banyak band tempatan yang boleh membawakan lagu-lagu macamani. Ianya memberikan satu cabaran kepada DRACONEAON untuk terus memperjuangkan dan mempertahanankan hasil kreativiti dalam menghasilkan corak lagu-lagu yang bermutu. Dan terus terang aku katakan ianya adalah berlaian dengan band-band tempatan yang lain dimana kebanyakannya adalah terlalu tipikal. Hanya beberapa buah band saja yang mampu mempunyai sound tersendiri. Waluapun dari segi kualiti material cover CD ani mungkin adalah kekurangan bagi rilisan ani. Dan ianya tidak menjadi masalah. Gambar covernya menampakan halatuju muzik DRACONAEON yang sebenar. Ianya menampakkan keadaan suasana sepi dan kesedihan didalam kemelut muzik metal yang extreme bawaan DRACONAEON. Rilisan ani, adalah hasil DRACONAEON yang mempunyai semangat.