Ahad, 27 September 2009

Menyalakan Dian Yang Terpadam

Assalammualaikum.Ini adalah blog untuk aku me"metal"kan opinion dan apa jua pandangan mengenai dengan kegemaran ku METAL...muzik metal la....Untuk permulaan ini adalah untuk testing saja dulu. Mungkin ada beberapa perkara juga yang tidak ada langsung berkaitan dengan dunia muzik metal (...atau besi...atau rock...). So jangan salah anggap. Cerita sikit-sikit mengenai sejarah metal scene di Brunei atau apa saja yang terlintas.
Pada mulanya aku ingin membuat web zine tapi aku lupakan saja sebab aku sibuk dengan rutin harian. Tapi since aku pernah membuat fanzine atau zine sekitar tahun 1990 hingga 1995 iaitu Schizophrenia Zine issue 1 dan 2 sahaja, gatal juga tangan aku nak contribute sikit dalam scene ni. Pada masa buat zine dulu tu mengambil jangka masa yang lama untuk menyiapkan zine disebabkan masa itu menggunakan cara lama...snail mail. Lagi pun duit juga mesti banyak sikit pakai untuk cover postage (stamp...) dan sebagainya.
Jika sekiranya anda masuk/singgah ke blog ni dengan secara sengaja atau "hanyut-nda-tentu-hala-pasal-syok-udah" di alam internet,dipersilakan keluar jika tidak suka dengan blog ini. Tapi kalau suka boleh la stay sampai mampus!!!.