Rabu, 27 Mei 2015

WARKULT - Merdeka 2015




WARKULT – Merdeka 2015

WARKULT, band yang berasal dari Indonesia ini mengetengahkan muzik yang berkisar kepada petriotik. Memang petriotik.....dengan tajuk lagu-lagu dalam album ini membuatkan semangat perjuangan yang teguh. Dimulakan dengan intro (yang mengumumkan kemerdekaan Indonesia tahun 1945, oleh Presiden Soekarno) tajuk lagu Merdeka. Memang bersemangat WARKULT. Lagu lain ialah Maju Serbu Serang Hancurkan!!! (10 November 1945), Kibaran Bendera Segumpal Darah (Palagan Ambarawa), Untuk Negeriku (Puputan Margarana), Warkult, Memerah Di Atas Darah Perjuangan, Soldiers of Pajajaran, Nusantara Jaya, Ratakan Dengan Tanah (lagu cover band REJAM) dan Tanah Air (instrumental…bukan ciptaan WARKULT, tapi ciptaan Ibu Sud…nama sebenar Saridjah Niung 1908-1993). Band ini yang berpaksikan kepada post black metal dengan lirik mereka lebih kepada tema peperangan dan perjuangan  Bangsa Indonesia. Dimana pejuang-pejuang mereka telah banyak gugur semasa merebut dan mempertahankan kemerdekaan mereka. Mereka pernah dijajah oleh Jepun dan Belanda. Sebab itulah semangat perjuangan mereka terlalu bersemangat.  Mendengar lagu-lagu dari rilisan ini memang ada kelainan terutama pada lirik nya.  Bagi aku tidak ada sebab tidak mendengar album ini yang mana aku rasa adalah yang terbaik setakat ini untuk band dari Bandung ini. Di campur lagi dengan bunyi-bunyian machine gun dan senapang…memang seperti mendengar soundtrack cerita perang.



Menyebut pasal  abum Merdeka ini, rilisan ini adalah yang kedua dimana yang pertama ialah Warkult yang dirilis pada tahun 2013. Setakat ini WARKULT juga telah mengeluarkan dua single, satu split, satu EP dan Live album yang dirakam semasa Hammersonic 2015 yang lalu.

Rabu, 20 Mei 2015

Assakammualaikum.
Lama sudah tidak mengupdate blog yang tidak seberapa ini. Ini adalah disebabkan kesibukan yang "menjulang-julang" naik. Banyak yang hendak dikongisi di sini tapi mostlynya sudah bangas/basi...dan busuk. Mungkin juga aku pos kan lagi cerita gigs yang sudah lapok...review albums dan sebagainya. Akhir kata selamat membuang masa membaca blog ini. Majukan minda awda!! 
Wassalam.

SUMMONING - All Mornings Dawn 2013


SUMMONING – All Mornings Dawn 2013


Pada pembukaan album ini trek Overnight adalah trek mempunyai suasana yang mempunyai atmosphere yang gelap, yang aman diikuti dengan suasana seakan-akan bunyi untuk pergi berperang pada zaman pertengahan dengan bunyi-bunyian folk dari Eropah. Dikuti dengan trek Flammifer yang totally menjurus kepada kesan dark/epic yang mendalam. Mendengarkan sesetengah lagu dalam album ini, ada juga yang mengingatkan aku pada album awal THE GATHERING atau dari band-band yang mempunyai melodic metalnya. Juga tidak dinafikan mungkin terdapat juga unsur-unsur THERION dari segi olahan muzik atmospherenya diantaranya. Terdapat lapan buah trek semuanya. Lagu-lagu dalam album ini kebanyakan panjang-panjang. Rata-rata mencecah sembilan minit keatas. Album ini memberikan relax pada hawa pendengaran dengan elemen-elemen dark/atmosphericnya. Selain daripada penggunaan instruments yang biasa digunakan oleh band metal, SUMMONING juga menggunaan programming. Selepas tujuh tahun daripada album yang terakhir, iaitu tahun 2006 dengan album Oath Bound, album ini adalah bukti yang SUMMONING  masih lagi mempunyai kreativiti pembuatan album yang dikira bagus ; iaitu dalam genrenya yang tersendiri. Album All Moornings Dawn adalah album yang ketujuh dan ianya menampakan kemajuan dalam muzik ciptaan SUMMONING. Kebanyankan album-album SUMMONING memunyai konsep yang lebih kurang sama, epic atmospheric metal dengan unsur-unsur black metal sebagai akar umbi band ini.

HATE - Solarflesh: A Gospel Of Radiant Divinity 2013



HATE – Solarflesh: A Gospel Of Radiant Divinity 2013


HATE band death metal yang berasal dari Poland ini antara pilihan band yang diminati. Muzik death metal yang mempunyai pengaruh seperti NILE dan mungkin sedikit pengaruh INCANTATION misalnya membuatkan rilisan ini satu album yang mesti dimiliki oleh peminat death metal tegar. Mempunyai sebanyak sebilan buah trek yang semestinya irama death metal yang boleh mencairkan telinga. Bermula dengan Watchful Eye Of Doom sebagai intro dan pembuka bagi album ini. Dikuti dengan trek Eternal Might yang sederhana kelajuan lagunya. Alchemy Of Blood, trek kedua memulakan dengan kelajuan drum dan bertukar perlahan ditahap sederhana.  Disini menampakkan lagi pengaruh death metal mereka yang dimainkan. Trek-trek seterusnya semuanya macam biasa. Trek macam Festival Of Flesh bagi aku adalah yang terbaik setakat ini. Tedapat unsur-unsur ‘padang pasir’ yang tidak keterlaluan pada track Solarflesh, pada awal pembuka lagu. Dalam track Mesmerized (track akhir sekali) terdengar sayup-sayup suara perempuan yang sedikit sebanyak memberi suasana gelap dalam lagu ini yang mungkin juga berunsurkan ‘padang pasir’. Apa yang dapat dinilai disini band ini adalah salah satu band yang semestinya hebat. Lagu-lagu album ini mempunyai sedikit kelainan, itu yang membuatkan HATE antara yang band yang terbaik selepas BEHEMOTH atau VADER. Band yang ditubuhkan pada tahun 1990 yang mana pada awal penubuhan band ini menggunakan nama SOMUCHATE yang bermain irama thrash metal. Tapi selepas menukar nama menjadi HATE mereka mula bermain death metal hingga kini. Setakat ini HATE mempunyai sembilan buah album termasuk sebuah live album.

Selasa, 9 April 2013

SALAM

Salam semua. Banyak yang aku tertinggal dalam mengupdate blog yang inda seberapa ani. Nanti kalau nada apa-apa, ada lagi beberapa buah keluaran band-band Brunei yang akan dipaparkan disini. Ianya adalah untuk memperkenalkan durang........sekurang-kurangnya.

DARCONAEON - Shades Of Sorrow



DRACONAEON bukan sebuah band underground metal yang calang-calang. Aku sudah mendangar lagu-lagu durang sebelum MCD ani. Dengan keluarnya MCD ani aku dapat mendangar dengan lebih terperinci lagi hasil tulisan dan mainan band ani. Untuk band-band tempatan Brunei, inda banyak band yang memainkan lagu-lagu yang cukup bertenaga. Trak pertama Spawned, memberikan permulaan yang cukup heavy dan bertenaga walaupun pada pertengahan lagu dimasukan bunyi keyboard untuk memberikan suasana atau atmosfera yang sedih.  Suara Izard yang growl melengkapkan lagu ani sebagai sebuah lagu pembukaan yang bertenaga daripada DRACONAEON. Trak selanjutnya, As A Shadow, bukan macam trak yang mula-mula tadi tapi ianya laju dan heavy. Tapi trak ani dimulakan dengan bunyi piano yang perlahan tapi dapat membawa fikiran kesatu dunia yang seakan-akan dilihatkan oleh DRACONAEON. Pengaruh pada lagu ani mungkin bagi aku adalah PARADISE LOST yang lama. Dengan cara dan gaya Izard membawakan lagu ani adalah perlahan macam seolah-olah mengharapkan sesuatu yang inda pernah kesampaian. Bisikan pada beberapa patah perkataan (yang diulangi) menghidupkan lagi suasana pengaruh doom/atmospheric metal. Tapi pada minit 03.00 rentaknya bertukar menjadi laju sedikit. Dan apa yang aku dapat dengar pengaruh AMORPHIS lama (era Karelian Isthmus) ada disana. Lagu ani diakhiri dengan bunyi seolah-olah meletup dan terus beranti. Lagu ketiga Across Scarlet Fields pun dimulakan dengan bunyi piano dan keyborard. Dan terus masuk riff-riff yang laju dan sederhana untuk mengganas. Dalam lagu ani selain vocal kotor, Izard jua menyampaikan dengan vokal yang bersih. Pemain drumnya menampakan cara permainan nya bertenaga dalam lagu ani. Trak yang ke empat sebenarnya tidak dinyatakan dalam tracklist tapi yang aku difahamkan lagu terakhir ialah Shadowmist. Pemain drumnya memang mempunyai cara permainan yang bertenaga. Pada minit yang 02.00 suasana sedih seolah-olah timbul dan ditukar oleh bunyi yang berat. Dan penghabisan  lagu ani jua ada unsur-unsur progresif, sebagai penutup pada lagu ani.

Dari semua lagu dan produksi dalam MCD ani membuatkan aku berpuas hati. Semestinya ada unsur-unsur atau pengaruh-pengaruh band yang aku sebutkan tadi. Terdapat jua unsur-unsur DAYLIGHT DIES selain daripada band-band death metal yang lain. Macam yang aku katakan tadi inda banyak band tempatan yang boleh membawakan lagu-lagu macamani. Ianya memberikan satu cabaran kepada DRACONEAON untuk terus memperjuangkan dan mempertahanankan hasil kreativiti dalam menghasilkan corak lagu-lagu yang bermutu. Dan terus terang aku katakan ianya adalah berlaian dengan band-band tempatan yang lain dimana kebanyakannya adalah terlalu tipikal. Hanya beberapa buah band saja yang mampu mempunyai sound tersendiri.  Waluapun dari segi kualiti material cover CD ani mungkin adalah kekurangan bagi rilisan ani. Dan ianya tidak menjadi masalah. Gambar covernya menampakan halatuju muzik DRACONAEON yang sebenar. Ianya menampakkan keadaan suasana sepi dan kesedihan didalam kemelut muzik metal yang extreme bawaan DRACONAEON. Rilisan ani, adalah hasil DRACONAEON yang mempunyai semangat. 

Ahad, 3 Mac 2013

Majalah karisma Isu #26 Okt-Nov 2012



Interview ku bersama Majalah Karisma. Interview banyak berkisar pasal cerita metal scene lama di Brunei terutama scene di KB dalam tahun awal 90an. Ani adalah untuk semua metalheads Brunei yang support metal muzik. Terima kasih Fadzil dan Majalah Karisma. Rock On!!