HATE – Solarflesh: A
Gospel Of Radiant Divinity 2013
HATE band death metal yang
berasal dari Poland ini antara pilihan band yang diminati. Muzik death metal
yang mempunyai pengaruh seperti NILE dan mungkin sedikit pengaruh INCANTATION
misalnya membuatkan rilisan ini satu album yang mesti dimiliki oleh peminat
death metal tegar. Mempunyai sebanyak sebilan buah trek yang semestinya irama
death metal yang boleh mencairkan telinga. Bermula dengan Watchful Eye Of Doom
sebagai intro dan pembuka bagi album ini. Dikuti dengan trek Eternal Might yang
sederhana kelajuan lagunya. Alchemy Of Blood, trek kedua memulakan dengan
kelajuan drum dan bertukar perlahan ditahap sederhana. Disini menampakkan lagi pengaruh death
metal mereka yang dimainkan. Trek-trek seterusnya semuanya macam biasa. Trek
macam Festival Of Flesh bagi aku adalah yang terbaik setakat ini. Tedapat
unsur-unsur ‘padang pasir’ yang tidak keterlaluan pada track Solarflesh, pada
awal pembuka lagu. Dalam track Mesmerized (track akhir sekali) terdengar
sayup-sayup suara perempuan yang sedikit sebanyak memberi suasana gelap dalam
lagu ini yang mungkin juga berunsurkan ‘padang pasir’. Apa yang dapat dinilai
disini band ini adalah salah satu band yang semestinya hebat. Lagu-lagu album
ini mempunyai sedikit kelainan, itu yang membuatkan HATE antara yang band yang
terbaik selepas BEHEMOTH atau VADER. Band yang ditubuhkan pada tahun 1990 yang
mana pada awal penubuhan band ini menggunakan nama SOMUCHATE yang bermain irama
thrash metal. Tapi selepas menukar nama menjadi HATE mereka mula bermain death
metal hingga kini. Setakat ini HATE mempunyai sembilan buah album termasuk
sebuah live album.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan