SUMMONING – All
Mornings Dawn 2013
Pada pembukaan album ini trek
Overnight adalah trek mempunyai suasana yang mempunyai atmosphere yang gelap,
yang aman diikuti dengan suasana seakan-akan bunyi untuk pergi berperang pada
zaman pertengahan dengan bunyi-bunyian folk dari Eropah. Dikuti dengan trek
Flammifer yang totally menjurus kepada kesan dark/epic yang mendalam.
Mendengarkan sesetengah lagu dalam album ini, ada juga yang mengingatkan aku
pada album awal THE GATHERING atau dari band-band yang mempunyai melodic
metalnya. Juga tidak dinafikan mungkin terdapat juga unsur-unsur THERION dari
segi olahan muzik atmospherenya diantaranya. Terdapat lapan buah trek semuanya.
Lagu-lagu dalam album ini kebanyakan panjang-panjang. Rata-rata mencecah
sembilan minit keatas. Album ini memberikan relax pada hawa pendengaran dengan
elemen-elemen dark/atmosphericnya. Selain daripada penggunaan instruments yang
biasa digunakan oleh band metal, SUMMONING juga menggunaan programming. Selepas
tujuh tahun daripada album yang terakhir, iaitu tahun 2006 dengan album Oath
Bound, album ini adalah bukti yang SUMMONING masih lagi mempunyai kreativiti pembuatan album yang dikira
bagus ; iaitu dalam genrenya yang tersendiri. Album All Moornings Dawn adalah
album yang ketujuh dan ianya menampakan kemajuan dalam muzik ciptaan SUMMONING.
Kebanyankan album-album SUMMONING memunyai konsep yang lebih kurang sama, epic
atmospheric metal dengan unsur-unsur black metal sebagai akar umbi band ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan