BATTLE OF THE BANDS Round 1
BATTLE OF THE BANDS Round 2
Kenapa Battle Of The Bands? Album compilation Battle Of The Bands, singkatan BOTB yang memuatkan band-band dari Malaysia dengan irama rock. Album yang ada gambar kereta tank ani di rekomen oleh seorang kawan ku masa Prep 3…masa sekolah dulu. Sekolah Persediaan Inggris/Sekolah Perdana Wazir, KB. Masa atu muzik rock, atau ada jua orang memanggil heavy metal yang sebenar nya aku masa atu inda tau banyak pasal muzik heavy metal…ikut orang ja…poser…hahaha! Album ani yang mengenalkan aku jua arah muzik yang lebih heavy, extreme….Battle Of The Bands yang pertama. Band yang mengumpul band-band yang terbaik daripada Malaysia. Compilation ani kira pencetus pergerakan muzik rock di kawasan sini, maksud aku Malasyia, Singapura dan of course Brunei. Walaupun sebelum ani banyak band-band rock dari Malaysia & Singapura sudah ujud macam SWEET CHARITY (Ramli Sarip), THE UNWANTED, KEMBARA (band M.Nasir) atau munkin RAMPA (singkatan RAMbut PAnjang)…rock kah durang ani?? Ya. Durang lebih kepada rock yang senang diterima, maksud ku yang inda berapa karas. Tapi SEARCH band yang ku kira band heavy rock yang awal mengeluarkan album di tahun 1985 Cinta Buatan Malaysia dan RUSTY BLADE jua ada mengekuarkan album atau mini album dalam tahun 1985, 786 Ikrar Perwira. Baru tah compilation BOTB. Dari compilation ani tah banyak band atau penyanyi rock yang menjadi “besar”. Mungkin balum sampat di zaman atu. Compilation ani keluar dalam tahun 1986 yang membariskan band-band macam LEFTHANDED, ELLA & THE BOYS, SYJ (album pertama ditukar nama jadi SOFEA tapi dalam bayangan SYJ), RAHIM MAAROF & WHITESTEEL dan BLOODSHED. Band yang ku rasa boleh dikira menonjol dari semua adalah LEFTHANDED dan ELLA & THE BOYS. Mungkin pasal lagu-lagu yang dibawakan. Man Kidal adalah orang kuat LEFTHANDED dengan penyanyinya Nash. Lapas beberapa album sama band ani baru Nash jadi solo. Dalam lagu durang, dari pandangan ku (awal penampilan durang) influence yang paling ketara adalah dari IRON MAIDEN dan LOUDNESS. Masa dulu inda pulang aku perasan, tapi lapas aku kenal MAIDEN la. Gipun, compilation ani yang membawa aku jadi peminat IRON MAIDEN Brunei sampai hari ani….hahaha.
LEFTHANDED membawakan lagu “Debunga Wangi” dan “Lanun” untuk BOTB 1, “ Kenangan Bersama Mu” untuk BOTB 2. Tahun berikutnya, durang mengeluarkan album pertama dan tahun-tahun seterusnya. ELLA & THE BOYS adalah antara band yang menjadi kegilaan masa atu mungkin disebabkan penyanyinya adalah bibi-bini. Durang membawakan lagu ”Cinta Berakhir” dan “Dua Insan Bercinta” untuk BOTB 1 dan “Hanya Secebis Jawapan” dan “Ulat Bulu” untuk BOTB 2. Tahun 1987 ELLA & THE BOYS yang di ketuai oleh Lord sebagai pemain guitar, Ayie bass dan Mie drum merakamkan album pertama durang Anak Merdeka. Tapi inda berapa berjaya. Durang kalau aku inda silap hanya bertahan selama tiga tahun saja lapas atu Ella kelauar menjadi artis solo yang berjaya & Ratu Rock Malaysia sampai hari ani. Lepas Ella keluar, Lord membawa Shima mejadikan SHIMA & THE BOYS. Shima pun keluar jadi artis solo berjaya lepas album pertama. Ada lagi la cerita lepas atu…durang tukar nama, macam-macam lagi la.
SYJ yang berinfluencekan band MOTLEY CRUE yang menampilkan image yang ganas sikit dari band-band yang lain. Muzik durang pun laju sikit. SYJ ertinya…aku pun lupa. Ia adalah nama singkatan pengurus durang Syed…..aku lupa namanya. Band ani bersal dari Ipoh, Perak. Durang menyumbangkan lagu “Orang Timur” dan “Hati Syaitan” untuk BOTB 1 dan “Mata Sepet” dan “Teruskan” untuk BOTB 2. Band ani merakamkan album pertama Kembali 1987 tapi dibawah nama SOFEA yang mana dibayangi oleh nama SYJ. Durang jua merakamkan beberapa album lepas atu. Band ani split, lepas atu dihidupkan balik sekitar 2007/2008, tapi balum lagi apa-apa, split lagi. Tapi masa ni ada ku teliat dalam flyer yang durang kan membuat gig sama band-band lama di KL. Mungkin durang reunion balik. Dua ari anggota asal band ani sudah meninggal, penyanyi dan guitarist nya kalau aku inda silap.Tunggu saja manatau ada material durang yang kan keluar. BLOODSHED band yang semestinya hebat jua. Dengan lagu durang “Nostalgia Rindu” dan “Pemuzik Jalanan” untuk BOTB 1, “Debu Khayalan” dan “Manusia Dan Janji” untuk BOTB 2 menjadikan band ani antara band yang terbaik pada masa atu. Durang jua mengeluarkan album pertama tahun berikutnya “Illusi Sebuah Mimpi”. Lapas atu album kedua durang ”Samarkand” album yang menaikan nama durang dengan lagu “Samarkand” dan “Serikandi Cintaku”, yang mana lagu “Srikandi Cintaku” masih dimainkan dalam radio sampai hari ani. Penyanyi nya, Rosdan adalah penyanyi kumpulan underground thrash metal PUNISHER yang selalu main gig di KL akhir 80an dan awal 90an selepas ia inda lagi sama BLOODSHED. Band ani menukar nama jadi BLACKSHED kalau inda salah dan ada menggeluarkan album dengan nama atu.
SYJ
BLOODSHED
RAHIM MAAROF & WHITESTEEL band yang dianggotai oleh penyanyi solo masa ani Rahim Maarof. Band ani membawakan lagu “Jumpa Sekali Lagi” dan “Sengketa” untuk BOTB 1 dan “Kejahilan” dan “Hanya Dalam Mimpi” untuk BOTB 2. Band ani pernah membuat kontroversi masa konsert jelajah BOTB di Stadium Negara, KL.. Masa band durang membuat persembahan, zip seluar si Rahim tebuka. Adal agi cerita lain, tapi malas la aku buat di sini takut karang salah cerita. By the way, band ani inda mengeluarkan apa-apa material lepas compilation ani. Hanya Rahim Maarof yang bertahan menjadikan ia artis solo yang berjaya terutama lagunya “Cinta Kristal” daripada album nya Kristal tahun 1988. Apa yang aku dapat tau dan dangar, sebelum RAHIM MAAROF & WHITESTEEL, Rahim pernah album solo.
RAHIM MAAROF & WHITE STEEL
Atu cerita serba sedikit pasal band-band yang di dalam BOTB. Semua band dalam compilation ani jua menyanyikan beramai-ramai lagu “Hapuskan Lanun Cetak Rompak” ciptaan Lord, Ali Bakar dan Ayi untuk kedua-dua album compilation ani. Tahun yang sama jua SEARCH mengeluarkan album kedua durang “Langit Dan Bumi” dan RUSTY BLADE “Rintangan Hidup Dunia” dalam tahun 1986 sekali gus membuatkan band ani menjadi band yang diminati dan terheavy dari Pualu Singa.
Masa atu aku membali kaset BOTB yang cetak rompak. Semua kaset di sini jenis cetak rompak. Harga cuma $5.00 ja. Cover pun sekaping ja, asal ada gambar,track list dan lirik sudah cukup. Walaupun tema utama compilation ani bertemakan Hapuskan Cetak Rompak, tapi aku rasa masej atu inda smapai. Pasal disini 100% kaset disini cetak rompak masa atu. Kaset original pun aku balum pernah meliat masa atu. Terus terang first kaset original yang ku bali kaset BUMI PUTRA ROCKERS “Selamat Pagi Malaysia” 1987, baru tah ku meliat kaset original tu. And, sampai hari ani aku inda pernah meliat, atau tejumpa kaset BOTB yang versi original. Mungkin disini inda bejual atau mungkin nada lagi cetakan nya. Aku ada pernah membali kaset BOTB 1 yang original tapi versi lain. Cover dapan lain. Totally lain. Aku bali di Limbang dalam tahun 2001. Nanti kalau aku ada masa aku liatkan covernya. Aku nda ingat kotak kaset mana yang aku simpan. Nanti la ku up load.
Ok, mungkin siapa yang sampat zaman remaja...er…au, remaja masa tahun 1986 dan tahun-tahun seterusnya mungkin dapat merasakan bahang rock masa atu. Masa ani kalau di Malaysia dipanggil Rock Kapak, Rock Kangkang….atau apa-apa la. Yang penting ramai orang yang memakai seluar jean ketat, seluar jean kuyak dilutut, memakai saputangan yang kana panggil Key atau mungkin ada tampat yang memanggilnya lain. Maksud ku saputangan bandana. Ianya disimpan dipoket belakang…er…kira macam ekong la. Atau diikat dipaha dengan lipatan tiga segi. Ada jua yang melilitkan dikepala, dileher (macam cowboy) atau ditangan…lebih kurang macam si Adam AF…kasut tinggi paras ankle. Mostly nya jenama Aliph selain brand Nike, Adidas atau Puma. Kamu liat gambar SYJ di bawah, yang memakai kasut warna hitam atu la kasut Aliph, kira popular masa atu. Kalau aku inda silap buatan Malaysia. Aku ampit bali dua pasang. Baju yang paling famous baju T-shirt matahari yang dipanggil jua baju LOUDNESS. Pasal LOUDNESS ada mengeluarkan album Thunder In The East menggunakan gambar matahari terbit, kira bendera Jepun la. Aku pun ada jua dulu.hehehe. Selamat ROCKING!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan