Cover album IRON MAIDEN The Final Frontier mengingatkan aku cover cerita Mars Attack…hahaha.Bermula dengan intro and then lagu The Final Frontier. Intro yang kalau didangar mula-mula macam industrial…tapi yang sebenarnya bukan. Aku suka lagu yang kedua, El Dorado. Lagu ani heavy daripada lagu-lagu yang lain. Lagu-lagu yang lain bukan inda ok, tapi lebih ke revolusi muzik IRON MAIDEN. Ada 10 buah lagu semuanya. Aku mendangar album ani bukan dua tiga kali, tapi lebih dari 10 kali untuk dapatkan feel dan keserasian. Kalau didangar beberapa kali barutah dapat didangar kehebatan vocal, bass, guitar dan drum yang kadang-kadang inda dapat didangar kehebatannya dengan sekali dangar saja. Album terbaru IRON MAIDEN ani adalah album yang lebih kurang jua macam album yang lapas. Ku rasa inda keterlaluan kalau aku bagitau yang album ani melodic, dark, aggressive, heavy dan brutal dalam beberapa tempat. Gabungan tiga guitarist dari Dave Murray, Adrian Smith & Janick Gers membuatkan lagu-lagu durang masih heavy ditambah dangan permainan bass Steve Harris, macam biasa la. Tapi aku inda banyak mendangar bass si Steve yang catchy. Album ani jua sedikit sebanyak mengingatkan ku arah album solo Bruce Dikinson. Album-album durang masa ani totally bukan macam album durang macam The Number Of The Beast, Powerslave atau Somewhere In Time, Seventh Son Of The Seventh Son. Lagu-lagu yang dimainkan adalah melihatkan revolusi muzik durang dari dulu sampai hari ani. Peningkatan dari segi semua aspek dalam album ani inda payah la kan diceritakan. The Final Frontier adalah antara album IRON MAIDEN yang boleh dikatakan OK saja kalau dilihat dari sudut pandangan lain, dan sebaliknya jua. Ianya berjaya dari segi mengekalkan mutu muzik durang. Yang inda sioknya adalah durang inda lagi dapat membuat lagu-lagu yang boleh menjadi kegilaan orang macam dulu. Walauapapun durang sudah semakin meningkat umur, tapi permainan durang masih lagi inda dapat telawan. Semakin meningkat umur durang semakin meningkat mutu permainan. Sebagai peminat durang sejak 1986, aku dapati perubahan muzik durang ada beberapa kali berubah. Dari album durang yang banar-banar klasik, sampai album Somewhere In Time lapas atu Seventh Son Of The Seventh Son, Brave New World sampai ani The Final Frontier. Mula dari Somewhere In Time muzik durang start berevolusi sedikit. Durang selalu membuat experiment yang membuatkan muzik durang bertukar-tukar. Sudah Bruce Dikinson & Adrian Smith keluar dari IRON MAIDEN muzik durang macam nada arah (pada aku la). Lepas Dikinson & Smith masuk balik dalam album Brave New World, aku liat muzik durang ani berubah lagi. Mungkin kerana kemasukan dua line-up lama atu berangkali atau mungkin pasal si Dikinson sudah inda berambut panjang lagi kali…hahahaha. Perubahan muzik durang ketara banar. Walaupun durang ada banyak mengeluarkan album, tapi dalam setiap konsert durang selalunya masih lagi menyanyikan lagu-lagu klasik durang macam lagu Aces High, 2 Minutes To Midnight, Run To The Hill, The trooper, Iron Maiden, Only The Good Die Young dan sebagainya. Ianya semacam satu tradisi durang. Adakah album ani antara album yang kurang berjaya sepanjang keujudan durang selama hampir 35 tahun? Bagi aku ianya bukan album yang berjaya sepenuhnya, tapi satu album yang hanya lain dari album yang dulu. Up the irons!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan