Ahad, 19 September 2010

SOMNAE - Forever More EP 2010


Sebuah band yang mungkin kurang dikenali dari USA, SOMNAE. Band ani dianggotai oleh Jesse Heidner - vocals/bass, EJ Oropza - lead guitars, Rob Steinway - rhythm guitars, Brian Stephens – drums danJeffrey Stephens - live keyboards. Setakat ani band ani hanya mempunyai EP Forever More ani saja sebagai model untuk durang memperjuangkan muzik durang. EP yang mengandungi tiga buah lagu ani banyak mengandungi unsur-unsur experiment/melodic death metal. Terdapat part-part yang perlahan dengan bunyi guitar yang heavy. Ianya memperlihatkan pengaruh doom metal didalam setiap lagu durang. Vocal yang growl tebal yang hampir inda dapat didangar perkataanya padan dengan muzik durang. Semua lagu-lagu durang sentiasa dibayangi band macam DAY LIGHT DIES, contoh yang terdekat la. Muzik durang terlalu dark, melodic sedih dan atmospheric tapi inda terlalu aggressive. Cuba liat saja cover EP durang, gambar yang memperlihatkan suasana misteri dan sedih. Penilaian cover atu sama dengan suasana muzik durang. Dengan sentuhan producer Dan Swanö EP ani dapat memperlihatkan yang SOMNAE mempunyai dedikasi terhadap muzik durang. Durang boleh lebih jauh lagi kalau nada masalah. Apa yang pasti kalau album durang misalnya keluar, mungkin ianya boleh menandingi band-band death doom metal yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan