Selasa, 5 Oktober 2010

AMORPHIS – Magic & Mayhem - Tales from the Early Years 2010



Ani album compilation AMORPHIS atau the best of atau apa-apa la. Album ani mengandungi lagu-lagu dari tiga album pertama durang, The Karelian Isthmus 1992, Tales From The Thousand Lakes 1993 dan Elegy 1996. Ada orang yang inda suka (termasuk aku la) dengan album compilasi…atau the best of…etc,etc. Tapi aku suka album compilation ani pasal ianya memaparkan lagu lama tapi dirakam semula dan dibarikan nafas baru dengan ikut cara durang masa ani. Termasuk dengan cara dan teknik rakaman masa ani. Durang memainkan balik lagu lama durang mungkin untuk memadankan teknologi masa ani yang durang pakai.  Vocal pun dinyanyikan balik oleh penyanyi  dulu Tomi Koivusaari yang masa ani main guitar rhythm untuk album masa ani. Pasal tiga album dulu atu dinyanyikan olehnya, so kira album ani mengenang sejarah silam durang. Album durang pertama, Karelian Ishmus adalah salah satu album yang mesti ada dalam list album kesukaan ku. Album kedua Tales From The Thousand Lakes bagi ku pun OK jua dan album Elegy…emm…aku kurang mendanar sikit la. Nda tau kenapa…tapi aku dangar jua la. Mungkin pasal caranya menyanyi…aku nda tau la. Tapi bagi ku yang terbaik album  AMORPHIS adalah Karelian Ishmus then baru Tales…Cerita pasal album Magic & Mayhem ani, siapa-siapa yang pernah meminati atau mengikuti band ani mungkin suka album ani atau….mungkin membuang masa. Jumlah lagu dalam album ani adalah 13 trek. 2 lagu dari album The Karelian Isthmus 1992, 5 lagu dari album Tales From The Thousand Lakes 1993 dan 4 lagu dari album Elegy 1996. Album ani jua mengandungi satu lagu cover ABHORRENCE  “Vulgar Necrolatry” (band lama si Tomi Koivusaari ), lagu atu jua pernah dimuatkan dalam EP & single durang Privilage Of Evil 1993 dan Amorphis 1991. Semantara satu bonus track lagu cover dari band THE DOOR “Light My Fire” (album THE DOOR - The Door 1967) dan pernah jua dimuatkan dalam 7” durang Black Winter Day 1994. Lagu dari album lama menampakan perbezaan selepas lebih kurang 18 tahun beza dari album pertama durang The Karelian Isthmus dan dua album selepasnya (kira sendiri la tahun nya…). Walaupun durang ada vocalist baru, tapi si Tomi masih lagi bertenaga suaranya kalau growl…Album ani adalah album pertama dinyanyikannya selepas ia melepaskan position atu sejak tahun 1997. Kamu imagine saja, vocalnya masih lagi steady. Dalam album ani dapat didangar lagu-lagu durang lama dinafaskan dengan bau-bau rock moden sedikit pada muziknya. Keyboard yang digunakan menunjukan lagi cara permainan durang masa ani dengan dulu tapi masih lagi pada root durang. Masa ani durang more to main melodic moden rock. Pasal atu aku nda berapa suka album durang masa ani…kalau dulu durang main death metal plus doom sedikit, that’s my taste. Sementara cover album ani pun yang sebanarnya aku inda suka.Gambar ikan, macam gambar ikan sadin dalam tin…hahaha. Ia mungkin cuba membagitau yang band ani lebih suka mencritakan cerita-cerita dongeng kuno durang atau sejarah negeri durang. Walau apa pun, album ani membuatkan peminat durang dulu (termasuk aku) plus yang baru mengenang balik tiga album pertama durang. Album dizaman muzik death metal dikemuncaknya…essyyyman…hahaha. Bagi aku ianya macam the golden edge of death metal. Macam aku, aku meruah balik kaset-kaset ku lama untuk mencari album durang yang lama. Bukan apa untuk mendangar balik lagu durang lama…compare jua sikit la. Peminat durang lama yang sudah inda masuk dengan gaya muzik durang baru aku rasa mesti mendangar album ani. Old skool death metal dengan nafas-nafas baru dalam lagu-lagu durang. Puas-puas ku mendangar album ani pasal AMORPHIS adalah salah satu band yang ku minati tarus influenced arah band ku dulu…untuk album durang yang lama saja. Bagi aku….aku puas! AMORPHIS adalah salah satu band terawal & terpenting yang meriuh-riuhkan scene death metal Finland.


Magic & Mayhem - Tales from the Early Years 2010
The Karelian Isthmus 1992
Tales From The Thousand Lakes 1993
Elegy 1996
Awal 90an

Tiada ulasan:

Catat Ulasan