Masa aku meliat-liat kaset lama ku, aku teliat satu kaset lama masa aku aktif dulu (sikit ja la…) tape-trading. Aku nda ingat dari siapa tape ani. Tapi kalau aku inda silap dari seorang tape-trader dari USA. Aku lupa sudah…dalam tahun 1992/1993…lama sudah. AUTOPSY, sebuah band old-school death metal dari California, USA yang diantara band-band terawal death metal. Tapi cover album nada la…biasa la tape-trading. Track lagu saja. Album ani adalah album yang pertama durang dibawah naungan label Peaceville Records dari UK. Kalau sebelum ani aku kurang tau latar belakang band ani. Macam…kenapa ia ada dua jenis gambar album, siapa Chris Reifert….inda banyak yang ku kurang tau pasal band ani.Tapi aku suka band dan album ani. Album yang di rakam di Starlight Sound pada Januari 1989 dan producernya John Marshall dan AUTOPSY sendiri (John Marshal: former guitarist band thrash metal METAL CHURCH dan banyak lagi akviti muziknya)sudah ada beberpa re-issue yang dicetak balik. Kalau album ani yang aku dapat ada 11 buah lagu, which is dari CD yang asal. Cetakan lain macam cetakan 1993, ada tambahan 3 buah lagu sebagai bonus track. Macamatu jua tahun 2003 ada tambahan lagu dalam digipack. Tahun 2009 re-issuenya ada 2 CD yang menjadikan version re-issue tahun 2009 jadi 15 buah tracks (CD 2 ada tambahan live & rehearsal). Album ani bagi ku adalah album yang muzik nya mempunyai originalnya yang tersendiri. Kalau kamu ada album ani, cuba dangar lagi. Mungkin ada yang inda perasan, muzik durang yang primitive dengan bass sama drum yang basar bunyinya membuatkan ianya bagi aku original. Walaupun masa album ani keluar, 1989, banyak band-band yang main death/thrash metal sudah mempunyai sound yang bagus. Contoh nya macam SEPULTURA “Beneath The Remain”, DEATH “Spritual Healing”, OBITUARY “Slowly We Rot”, MORBID ANGEL “Altars Of Madness”. Mungkin ada band lain yang macam bunyi muzik durang, tapi durang pelopor bunyi macam ani…pandangan aku la. Lirik durang mostly pasal gore,kematian dan horror/seram….eee..takut…! Chris Reifert, drummer band dan vocals untuk album ani. Ia adalah pecahan dari band DEATH. Sampat merakam album “Scream Bloody Gore” 1987 sebalum ia keluar. Keluar dari DEATH ia membuat AUTOPSY sama Eric Cutler Ogos 1987 tapi lari dari banyangan DEATH.
Peaceville Records terpaksa menukar cover album ani dari yang asal kepada yang baru. Ani disebabkan senitiviti cover album yang awal. Oleh sebab masalah cover yang pertama, Peaceville Records re-launched album ani lagi menggunakan cover yang kedua tahun 1990. Pasal atu kadang-kadang ada yang membuat tahun album Severe Survival tahun 1990, walaupun tahun yang sebenarnya 1989. Cover album yang awal dibuat oleh Kent Mathieu dan bagi cover yang kedua dibuat oleh Kevin Walker (artis komik dari UK, ia jua membuat cover AUTOPSY untuk album “Mental Funeral” 1991). Tahun 2009, Peaceville Records mengeluarkan atau re-release album ani untuk 20th Anniversary Edition dengan mengeluarkan 2CD yang ada bonos tracks….macam yang kata ku diatas. Durang jua merakamkan 2 buah lagu baru untuk single “Horrific Obsession” yang dikeluarkan tahun 2009 selepas durang membuat gig lagi selepas durang inda iktif beberapa tahun. Lapas atu durang macam menjadi lagi dan album “Awaken By Gore” jua dikeluarkan tahun ani dimana album ani adalah album Best Of/Compilation durang yang ketiga. Tahun ani jua durang ada mengeluarkan EP durang “The Tomb Within”.
Charred Remains, Service for a Vacant Coffin, Disembowel, Gasping for Air, Ridden With Disease, Pagan Saviour, Impending Dread, Severed Survival, Critical Madness, Embalmed, Stillborn
Line-up untk album ani:
Chris Reifert - vocals, drums
Eric Cutler - guitar
Danny Coralles - guitar
Steve DiGiorgio – bass
Tiada ulasan:
Catat Ulasan