Khamis, 12 Januari 2012

METALLICA Lulu

lama sudah aku inda membali album METALLICA. Last aku membali album live durang S&M dalam tahun 2000 tapi sebelum atu aku membali album durang ...And Justice For All dalam tahun 1989. Lama jua la aku inda berapa mengikuti durang. Tapi kali ani aku macam mau jua kan membali album durang yang terakhir Lulu yang mengabungkan durang sama Lou Reed ex-band rock THE VELVET UNDERGROUND. Aku inda pernah dangar macamana muzik nya. OK, cerita pasal album ani macam album main-main...atau album experiment atau album nada- kan-dibuat atau album untuk mengabiskan sisa lagu...tarpulang . Bagi aku album ani adalah album yang buruk dikeluarkan oleh METALLICA. Mungkin jua si Lou Reed ani gian kan menyanyi. Cuba dangar cara ia menyanyi, macam main-main saja....macam sial la....haha.

Cerita pasal isi album ani actuallynya (kalau aku inda salah faham) adalah bekisar daripada penari yang diabused yang diinspirasikan oleh Frank Wedekind, penuklis dari German. Dari mula dipublished pada 1900an dan ianya dijadikan inspirasi filem bisu Panroda’s Box dalam tahun 1929, opera sama beberapa tempat untuk melepaskan idea-idea karya yang bersangkutan dengan nya. Untuk album ani Lou yang membuat liriknya. Idea untuk album kolaborasi ani start dalam bulan Mei 2011. Ideanya selepas Lou membuat persembahan sama METALLICA dalam tahun 2009 di New York.

Kalau pasal kualiti album aku inda cukup puas dangan album ani. So, aku inda recomend la album ani. Tapi kalau mau cuba ok pulang. Some lagu-lagu yang bagi aku kira ok macam lagu “Mistrees Dread” atau “Pumping Blood”...atu pun muzik nya saja, part vocal...bida!

Adakah METALLICA kan membuat album yang bukan listenable atau membuat koloborasi sama artis yang jarang kitani dangar lagi? Atau mungkin durang sudah abis idea pada faktor umur? Walau apa jua orang cerita pasal album ani, METALLICA masih band yang mencipta sejarah thrash metal. Nada METALLICA nada extreme metal. Aku masih suka Kill em All, Ride The Lightning.......

Ani pandangan aku saja.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan