Ada yang maseh
ingat DARKÉTA? Band yang ditubuhkan pada tahun 1988 oleh 2 orang bini-bini atau
perempuan. Sharon Bascovsky, vocal/guitar danTerri Heggen diposisi drum. Lapas atu Mary Bielich di posisi bass. Band ani pernah dikatakan sebagai band female
death metal yang pertama.Tapi Terri sama
si Mary meninggalkan band ani yang mana durang menubuhkan band bini-bini death
metal, MYTHIC yang dikira famous juala. Sharon saja yang menyambung hayat
DARKÉTA dengan dibantu oleh kawan-kawan nya. Band ani pernah inda aktif untuk
masa yang lama jua. Aku ada terbaca dalam salah satu interview yang Sharon masa
atu kawin dan kalau aku inda silap menyambung studynya. Tapi aku tekajut yang
band ani mengeluarkan album yang pertama dalam tahun 2012 ani. Yang mana band ani
bagi aku inda berapa produktif. Sejak ditubuhkan dalam tahun 1988, barutah DARKÉTA ada kesempatan
membuat album yang pertama. Yang lain
hanya demo, EP, split dan compilation. Akun masih ingat dalam tahun 1991, aku
membaca zine Rotting dari Singapore, durang interview band ani dengan soalan yang
macam-macam….hahaha. Lapas atu aku ingin tahu macamana sound durang. So, aku dapatkan
melalui jaringan tape-trading masa atu sama orang dari Amerika. Demo The Unholy
Ground yang dikeluarkan dalam tahun 1990 yang mana boleh dikatakan demo atu
mendapat liputan yang baik dalam arena underground. Antara sebabnya ku rasa
pasal durang band bini-bini. Muzik durang heavy dan perlahan, death metal yang
simple dengan sentuhan sedikit doom metal. Jangan expect muzik death metal laju
atau speed. Tapi suara growl macam laki-laki. Untuk album ani Terri posisi drum
sama Mary diposisi guitar balik ke DARKÉTA dengan Robin di posisi bass yang
pernah bermain sama band PRECIPICE. Lagu yang paling panjang dalam album ani
adalah lagu Goddes Of Death yang panjangnya 10:13 dan pembuka lagu bagi album
ani.
Pada keseluruhanya album yang memuatkan 8 buah lagu masih
mengekalkan irama old death doom metal. Nada yang baru dalam muzik durang.
Walaupun lagu-lagu yang dimuatkan adalah lagu baru, tapi bila ku dangar terasa
masih semasa kegemilangan kemuncak zaman death metal diawal 90an.
Discography:
Official Rehearsal Demo 1989
Premature Burial EP 1990
TheUnholy Ground Demo 1990
Begotten Son/Evil Dreams 1999 split with NUNSLAUGHTER
Behold The Legions Of Hell 2002 split with GRAVEWURM,
WITCHBURNER, SADOMANIAC
Goddess Of Death 2003 compilation
In Death We Meet 2012