Sabtu, 16 Jun 2012

DARKÉTA – In Death We Meet 2012


Ada yang maseh ingat DARKÉTA? Band yang ditubuhkan pada tahun 1988 oleh 2 orang bini-bini atau perempuan. Sharon Bascovsky, vocal/guitar danTerri Heggen diposisi drum.  Lapas atu Mary Bielich di posisi bass. Band  ani pernah dikatakan sebagai band female death metal  yang pertama.Tapi Terri sama si Mary meninggalkan band ani yang mana durang menubuhkan band bini-bini death metal, MYTHIC yang dikira famous juala. Sharon saja yang menyambung hayat DARKÉTA dengan dibantu oleh kawan-kawan nya. Band ani pernah inda aktif untuk masa yang lama jua. Aku ada terbaca dalam salah satu interview yang Sharon masa atu kawin dan kalau aku inda silap menyambung studynya. Tapi aku tekajut yang band ani mengeluarkan album yang pertama dalam tahun 2012 ani. Yang mana band ani bagi aku inda berapa produktif. Sejak ditubuhkan dalam  tahun 1988, barutah DARKÉTA ada kesempatan membuat album yang pertama. Yang  lain hanya demo, EP, split dan compilation. Akun masih ingat dalam tahun 1991, aku membaca zine Rotting dari Singapore, durang interview band ani dengan soalan yang macam-macam….hahaha. Lapas atu aku ingin tahu macamana sound durang. So, aku dapatkan melalui jaringan tape-trading masa atu sama orang dari Amerika. Demo The Unholy Ground yang dikeluarkan dalam tahun 1990 yang mana boleh dikatakan demo atu mendapat liputan yang baik dalam arena underground. Antara sebabnya ku rasa pasal durang band bini-bini. Muzik durang heavy dan perlahan, death metal yang simple dengan sentuhan sedikit doom metal. Jangan expect muzik death metal laju atau speed. Tapi suara growl macam laki-laki. Untuk album ani Terri posisi drum sama Mary diposisi guitar balik ke DARKÉTA dengan Robin di posisi bass yang pernah bermain sama band PRECIPICE. Lagu yang paling panjang dalam album ani adalah lagu Goddes Of Death yang panjangnya 10:13 dan pembuka lagu bagi album ani.

Pada keseluruhanya album yang memuatkan 8 buah lagu masih mengekalkan irama old death doom metal. Nada yang baru dalam muzik durang. Walaupun lagu-lagu yang dimuatkan adalah lagu baru, tapi bila ku dangar terasa masih semasa kegemilangan kemuncak zaman death metal diawal 90an.

Discography:
Official Rehearsal Demo 1989
Premature Burial EP 1990
TheUnholy Ground Demo 1990
Begotten Son/Evil Dreams 1999 split with NUNSLAUGHTER
Behold The Legions Of Hell 2002 split with GRAVEWURM, WITCHBURNER, SADOMANIAC
Goddess Of Death 2003 compilation
In Death We Meet 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan