Jumaat, 15 Jun 2012

KREATOR - Phantom Antichrist 2012 (Nuclear Blast Records)


Album ani bermula dengan degan intro yang macam ada bunyi album MAIDEN yng terakhir. Tapi sudah lagu pertama bunyi KREATOR lain sikit daripada yang selalu kudangar. Tapi sudah Mille Petrozza mengeluarkansuara nya barutah aku terasa aura KREATOR. Teriakan suara yang inda dapat ku lupakan atau ku tapuki keujudannyasejak aku kenal band ani di tahun 1989. Riff sama suara Mille yang tipikal membalikan kekuatan muzik KREATOR. Track kedua Death To The World menunjukan bunyi KREATOR yang bukan dikira muzik baru. Tapi ianya lebih kepada aduan muzik KREATOR selepas era Extreme Agression dan era dimana muzik durang berevolusi dengan eksperimentasi.  Album ani  menunujukan  tujuarah muzik thrash  yang durang bawakan adalah thrash yang aku katakan dipermodenkan. Mestila, indakan durang kan mainkan acuan  muzik yang sama berpuluh tahun. Tapi root lama masih lagi dikekalkan contohnya macam cara penyampian vocal. From Flood Into Fire mnegiatkan ku cara dan gaya chorusnya ada sedikt unsur power metal. Chorusnya macam mengajak untuk menyanyi : “From flood into the fire, one thousand voices sing, we’re in this together, for whatever fate may bring”. Mula-mula ku pikir laguani nada speednya, tapirupanya ada. Unsur melodik jua ada dalam solonya yang mana bagi aku antara yang memanjangkan lagi lagu ani. Civilisstion Collapse meneruskan dengan perlahan sikit pada mulanya. Then banyak bertukar rentak dari perlahan, laju then perlahan lagi.  Tapi ianya macam biasa saja. Diakhiri dengan bunyi bom. Lagu United In Hate dimulakan dengan buny pluging. Berdurasi dalam lingkungan 4:31. Sekali lagi aku dapat dangar ada unsur-unsur macam power metal terutama pada korus nya. Macam mengajak pendengar untuk menyanyi sama. Kalau konsert durang mesti ramai yang ikut menyanyi. Trek The Few, The Proud, The Broken mengingatkanku sikit pada lagu-lagu dalam album PARASDISE LOST Draconion Tmes atau Shape OfGod kalau aku inda silap terutama pada awal chorus. Nada yang istemewa pasal lagu ani kecuali mengiatkan aku PARADISE LOST pada awal chorus. Your Heaven, My Hell adalah lagu seterusnya. Victory Will Come bagi aku salah satu lagu yang aku suka jua. Ia walaupun inda laju tapi lagu ani macam ada kekuatanya. Terutama pada chorus. Trek terakhir Until Our Path Cross Again perlahan pada awalnya. Lagu ani  mengiatkan ku macam lagu-lagu MAIDEN yang akhir-akhir ani inda berapa menonjol.

Mungkin album ani ada terpengaruh sedikit oleh muzik power metal. Muzik durang yang bermelodik membuatkan pendengaran ku arah muzik KREATOR adalah lain sikit. Kecuali suara Mille saja yang mengekalkan trade mark KREATOR. Yang mana diketahui ramai power metal memang salah satu cabang metal yang diminati di German. Mungkin disebabkan aku inda banyak mendangar album-album durang yang akhir-akhir ani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan