Rabu, 27 Mei 2015

WARKULT - Merdeka 2015




WARKULT – Merdeka 2015

WARKULT, band yang berasal dari Indonesia ini mengetengahkan muzik yang berkisar kepada petriotik. Memang petriotik.....dengan tajuk lagu-lagu dalam album ini membuatkan semangat perjuangan yang teguh. Dimulakan dengan intro (yang mengumumkan kemerdekaan Indonesia tahun 1945, oleh Presiden Soekarno) tajuk lagu Merdeka. Memang bersemangat WARKULT. Lagu lain ialah Maju Serbu Serang Hancurkan!!! (10 November 1945), Kibaran Bendera Segumpal Darah (Palagan Ambarawa), Untuk Negeriku (Puputan Margarana), Warkult, Memerah Di Atas Darah Perjuangan, Soldiers of Pajajaran, Nusantara Jaya, Ratakan Dengan Tanah (lagu cover band REJAM) dan Tanah Air (instrumental…bukan ciptaan WARKULT, tapi ciptaan Ibu Sud…nama sebenar Saridjah Niung 1908-1993). Band ini yang berpaksikan kepada post black metal dengan lirik mereka lebih kepada tema peperangan dan perjuangan  Bangsa Indonesia. Dimana pejuang-pejuang mereka telah banyak gugur semasa merebut dan mempertahankan kemerdekaan mereka. Mereka pernah dijajah oleh Jepun dan Belanda. Sebab itulah semangat perjuangan mereka terlalu bersemangat.  Mendengar lagu-lagu dari rilisan ini memang ada kelainan terutama pada lirik nya.  Bagi aku tidak ada sebab tidak mendengar album ini yang mana aku rasa adalah yang terbaik setakat ini untuk band dari Bandung ini. Di campur lagi dengan bunyi-bunyian machine gun dan senapang…memang seperti mendengar soundtrack cerita perang.



Menyebut pasal  abum Merdeka ini, rilisan ini adalah yang kedua dimana yang pertama ialah Warkult yang dirilis pada tahun 2013. Setakat ini WARKULT juga telah mengeluarkan dua single, satu split, satu EP dan Live album yang dirakam semasa Hammersonic 2015 yang lalu.

Rabu, 20 Mei 2015

Assakammualaikum.
Lama sudah tidak mengupdate blog yang tidak seberapa ini. Ini adalah disebabkan kesibukan yang "menjulang-julang" naik. Banyak yang hendak dikongisi di sini tapi mostlynya sudah bangas/basi...dan busuk. Mungkin juga aku pos kan lagi cerita gigs yang sudah lapok...review albums dan sebagainya. Akhir kata selamat membuang masa membaca blog ini. Majukan minda awda!! 
Wassalam.

SUMMONING - All Mornings Dawn 2013


SUMMONING – All Mornings Dawn 2013


Pada pembukaan album ini trek Overnight adalah trek mempunyai suasana yang mempunyai atmosphere yang gelap, yang aman diikuti dengan suasana seakan-akan bunyi untuk pergi berperang pada zaman pertengahan dengan bunyi-bunyian folk dari Eropah. Dikuti dengan trek Flammifer yang totally menjurus kepada kesan dark/epic yang mendalam. Mendengarkan sesetengah lagu dalam album ini, ada juga yang mengingatkan aku pada album awal THE GATHERING atau dari band-band yang mempunyai melodic metalnya. Juga tidak dinafikan mungkin terdapat juga unsur-unsur THERION dari segi olahan muzik atmospherenya diantaranya. Terdapat lapan buah trek semuanya. Lagu-lagu dalam album ini kebanyakan panjang-panjang. Rata-rata mencecah sembilan minit keatas. Album ini memberikan relax pada hawa pendengaran dengan elemen-elemen dark/atmosphericnya. Selain daripada penggunaan instruments yang biasa digunakan oleh band metal, SUMMONING juga menggunaan programming. Selepas tujuh tahun daripada album yang terakhir, iaitu tahun 2006 dengan album Oath Bound, album ini adalah bukti yang SUMMONING  masih lagi mempunyai kreativiti pembuatan album yang dikira bagus ; iaitu dalam genrenya yang tersendiri. Album All Moornings Dawn adalah album yang ketujuh dan ianya menampakan kemajuan dalam muzik ciptaan SUMMONING. Kebanyankan album-album SUMMONING memunyai konsep yang lebih kurang sama, epic atmospheric metal dengan unsur-unsur black metal sebagai akar umbi band ini.

HATE - Solarflesh: A Gospel Of Radiant Divinity 2013



HATE – Solarflesh: A Gospel Of Radiant Divinity 2013


HATE band death metal yang berasal dari Poland ini antara pilihan band yang diminati. Muzik death metal yang mempunyai pengaruh seperti NILE dan mungkin sedikit pengaruh INCANTATION misalnya membuatkan rilisan ini satu album yang mesti dimiliki oleh peminat death metal tegar. Mempunyai sebanyak sebilan buah trek yang semestinya irama death metal yang boleh mencairkan telinga. Bermula dengan Watchful Eye Of Doom sebagai intro dan pembuka bagi album ini. Dikuti dengan trek Eternal Might yang sederhana kelajuan lagunya. Alchemy Of Blood, trek kedua memulakan dengan kelajuan drum dan bertukar perlahan ditahap sederhana.  Disini menampakkan lagi pengaruh death metal mereka yang dimainkan. Trek-trek seterusnya semuanya macam biasa. Trek macam Festival Of Flesh bagi aku adalah yang terbaik setakat ini. Tedapat unsur-unsur ‘padang pasir’ yang tidak keterlaluan pada track Solarflesh, pada awal pembuka lagu. Dalam track Mesmerized (track akhir sekali) terdengar sayup-sayup suara perempuan yang sedikit sebanyak memberi suasana gelap dalam lagu ini yang mungkin juga berunsurkan ‘padang pasir’. Apa yang dapat dinilai disini band ini adalah salah satu band yang semestinya hebat. Lagu-lagu album ini mempunyai sedikit kelainan, itu yang membuatkan HATE antara yang band yang terbaik selepas BEHEMOTH atau VADER. Band yang ditubuhkan pada tahun 1990 yang mana pada awal penubuhan band ini menggunakan nama SOMUCHATE yang bermain irama thrash metal. Tapi selepas menukar nama menjadi HATE mereka mula bermain death metal hingga kini. Setakat ini HATE mempunyai sembilan buah album termasuk sebuah live album.