Sabtu, 28 Ogos 2010

Heavy Metal - BLACK SABBATH


Sejarah muzik heavy metal sudah banyak diceritakan dalam dalam majalah-majalah, dokumentari atau dalam fanzine-fanzine underground. Muzik heavy metal adalah jelmaan daripada muzik rock atau blues rock. Muzik ani tercipta pada awal 1970an. Yang mana impaknya sampai ke hari ani muzik ani terus dimainkan. Terdapat terlalu banyak sub-genre lahir daripada muzik heavy metal. Dari muzik ani sub-genre yang ujud macam speed metal, thrash metal, death metal, black metal, grunge, gothic, power metal, folk metal and…banyak lagi. BLACK SABBATH dianggap perintis/membawakan muzik berat ani yang ditubuhkan pada tahun 1969. Band ani dianggotai oleh Tony Iommi: guitar, Geezer Buttler: bass, Bill Ward: drum dan Ozzy Osbourne: vocal yang bermain blues hard rock. Pada tahun 1970, album pertama durang yang dibagi nama Black Sabbath menjadi sebutan ramai. Sambutan yang positif dan negatif. Yang positif, durang mempunyai peminat yang mencari-cari muzik yang berat, power . Jawapanya ada pada BLACK SABBATH. Yang negative nya , durang di cop sebagai pemuzik hantu…hahaha dan banyak lagi!!! Dari sana muzik heavy metal terus menjadi ikutan dengan lirik dan konsep yang nada tema cinta. Lagipun, masa atu pengaruh budaya Hippie terlalu kuat. Pasal atu kalau kamu danger muzik awal BLACK SABBAT atau LED ZEPPELIN, suasana muzik durang adalah zaman Hippie. Prog. Lepas atu album kedua durang Master Of Reality jua menjadi kegilaan dangan lagu durang macam Children Of The Corn, Sweet Leaf etc. Yang seterusnya adalah ristaan sejarah dalam dunia heavy metal. Banyak band-band yang main muzik heavy metal (masa atu jua dipanggil hard rock) pada masa atu macam LED ZEPPELIN, DEEP PURPLE, RAINBOW, URIAH HEEP, NAZARETH etc. Ozzy yang dikeluarkan kerana masalah alkohol digantikan oleh beberapa penyanyi lain termasuk Ronie James Dio (yang mati beberapa bulan yang lepas). Band keluaran Birmingham, England ani di katakan jua sebagai band doom metal yang pertama selain heavy metal. Kenapa? Mungkin kalau dangar muzik durang muzik durang inda lagu tapi berat. Tapi bukan lah doom metal macam WINTER, PARADISE LOST lama atau DRACONION atau band yang kamu tau main doom dengan suara growl. Ianya dipanggil traditional doom metal. Boleh la dikatakan contoh terdekat macam ST. VITUS , PENTAGRAM (US), CATHEDRAL, CANDLEMASS atau mungkin SOLITUDE AETERNUS sebagai contoh. Berbalik kepada BLACK SABBATH…mengeluarkan banyak relesan dari single, EP, full album, DVD etc. Tau la band ani sudah ujud dari dulu. Impak dari band ani, keujudan muzik heavy metal tanpa kitani sadari sudah mencapai atau hampir mencapai 40 tahun. Jadinya, sudah dua jenerasi.Kalau dulu bapa yang mendagar muzik ani, tapi masa ani anak pulang yang mendangar…hehehe. Masa aku kan menyiapkan artikel ani, Muizk FM memainkan lagu BLACK SABBATH, Paranoid. Makin ada semangat la lagi aku membuat artikel ani hahaha.

Black Sabbath 1970


Master Of Reality 1971


Sabotage 1975



Pasal guitar Tony Iommi

Semasa Tony bersama band Jethro Tull, sebelum Balck Sabbath Tony memakai guitar puteh Strat. Si Tony ani main left-handed. Masa ia inda lagi sama Jethro Tull, ia dapat kan lagi satu guitar right-handed Gibson SG untuk back up, padahal ia main dangan tangan kiri. Ia dapat tau masa atu ada orang yang mempunyai guitar left-handed SG tapi main dangan tangan kanan. So, durang dua tukar lapas. Guitar atu jua la untuk ia merakamkan tiga album terawal Black Sabbath. Tapi guitar atu hilang. Last, ia dapat tau yang guitar atu di kadai pajak gadai tapi dibagi balik arah nya jua. Atu cerita lama la. Guitar atu di dikatakan masih lagi dapat dimainkan. Masa ani guitar atu di simpan di Hard Rock Cafe di Time Square, NY. Siapa bekarih datang ja ke sana. Hahaha!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan