Sabtu, 21 Ogos 2010

Review & Marshall Amp

ASSALAMMUALAIKUM

Malas aku kan mengupdate blog ani. Tapi keseian jua kadang-kadang ada yang betanya bila kan mengupdate blog ku ani. Macamana Puasa kamu? OK? Hehehehe.Aku kan cuba la untuk mengupdate blog ku yang inda seberapa ani, untuk main-main saja. Selamat berpuasa.


DARKTHRONE – Soulside Journey 1991 Peaceville Records

Masa aku meruah-ruah kotak kaset ku yang lama-lama, aku teliat kaset masa zaman aku tape-trading dulu awal 90an. Kalau aku nda salah trade dari Sweden. Salah satu band yang ada dalam tape atu album DARKTHRONE Soulside Journey 1991. Kira album atu awal ku dangar melalui jaringan tape-trading. Kuality ok la untuk didangar. Mendangarkan balik album pertama daripada DARKTHRONE yang berkonsepkan technical death metal sebelum durang main black metal, aku ada terbaca yang durang DARKTHRONE ani inda suka dangan album pertama ani. Mungkin durang lebih prefer album yang kedua dan seterusnya. Kalau didangar album ani, ianya macam band death metal biasa saja. Pada masa atu muzik death metal lebih tertumpu daripada kawasan Scandinavia death metal scene selain daripada Florida death metal scene. Dan DARKTHRONE adalah antara band dari Norway yang terawal membuat album death metal. Atu sebabnya berangkali album ani kira top la sekajap atu. 11 buah lagu dalamya. Some lagu ada jua direkodkan balik daripada demo-demo durang sebelumnya.Gubahan muziknya lain daripada album durang yang kedua yang berkonsepkan black metal. Yang mana konsep atu menjadi ikutan trend yang menjadi gila-gila-gila….bagi orang yang ikut-ikut kan jadi black metal, resultnya muka macam beruang panda….hahahaha!!! Selepas saja album kedua durang keluar, album ani ‘macam’ di lupakan dalam secene. Kegilaan black metal daripada album kedua durang A Blaze In The Northern Sky yang merubah fenomena scene ekstrem metal antarbangsa. Band yang main death metal bertukar menjadi band black metal. Durang mau lebih ekstrem lagi. Atu la ‘magic’ nya durang ani. Atu daripada pandangan aku la….pasal atu Soulside Journey dilupakan. Ianya menjadi cerita asal-usul DARKTHRONE. Tapi, ada jua band death metal yang menjadikan Soulside Journey ani menjadi salah satu influence band durang. Aku ada satu video lama dimana DARKTHRONE membuat persembahan dalam satu rancangan TV Norway tahun 1989. Masa atu durang masih remaja lagi….hehehe.Durang mainkan lagu-lagu dari demo durang. Kira DARKTHRONE ani sudah ada pengikutnya tersendiri masa atu la. Rancangan TV atu lebih kurang macam Top Of The Pop (kalau kamu ingat/tau program dari England ani) la, tapi Norway punya version. Mungkin masa durang membuat persembahan ani durang masih mencari indentity durang…may be….pasalnya DARKTHRONE yang sebenarnya nda suka main di gig-gig atau main live. Durang inda membuat live,atu yang ku tau la. Durang ani macam studio band saja, tapi impak nya hebat! Walau apa pun bagi aku Soulside Journey adalah satu album yang sudah hampir dilupakan.

Masa dulu


Masa ani

KATATONIA – The Longerst Year EP 2010

Band ani mungkin inda banyak yang mendangar atau mengikuti perkembangan durang, atau mungkin inda banyak yang tau. Tapi inda bagi pendengar-pengar doom metal. Band yang berasal dari Stockholm, Sweden mengeluarkan single EP durang tahun ani. Muzik durang mungkin banyak yang inda suka sebab muzik durang lebih kepada depressive doom metal. Akhir-akhir ani ada di masuk kan sedikit unsur-unsur macam pop…tapi inda keterlauan, kalau kamu faham maksud aku. Ok, EP ani inda banyak berubah daripada abum durang sebelum ani. Tapi jangan pulang compare album durang yang awal-awal. Most of the songs dalam keluaran ani muziknya lebih kurang sama. Permainan durang yang inda payah dibualkan disini memang pro la. Durang macam mementingkan keselesaan bermain instrument dan kitani selesa mendagar. Lirik macam biasa, kesediahan, emotional, alone…Musically, durang main doom metal dengan clean vocal. Ada empat lagu dalam EP ani. Muzik slow yang dihasilkan menampakan idendity durang sebagai sebuah band doom rock depressive. Atmosphere yang mungkin berlainan dari muzik durang, jika kamu memang jarang mendangar jenis muzik macamani. Mungkin aku boleh tambah yang muzik durang ada sedikit elemen prog. Mendangar sekali mungkin balum lagi siok, tapi dengar balik-balik. Tapi kalau inda masuk jua jangan dipaksa, hahaha. Rujukan macam band ANATHEMA masa ani, atau SWALLOW THE SUN, AMORPHIS masa ani, atau mungkin PARADISE LOST masa ani (bukan yang lama). Kalau MY DYING BRIDE jangan harap la durang kan main muzik macamani, pasal durang lebih dark. Bagi aku keluaran durang ani bukan lah yang terbaik setakat ani, tapi yang siok didangar, macam ada keistemewaan nya yang tersendiri..…

Sedikit sejarah band ani durang bermula dengan nama MELANCHOLIUM dalam tahun 1987. Tapi aku inda sure durang main jenis muzik apa, may be heavy metal or thrash metal. Mungkin band atu inda aktif masa atu atau just band main-main saja. Tapi tahun 1991 KATATONIA timbul dan nada sangkut paut dengan MELANCHOLIUM. Durang mengeluarkan rehearsal tapes, demo 1991-1992. Durang mula dikenali daripada EP durang Jhva Elohim Meth…The Revival dalam thaun 1992. Keluaran semula dariapda demo durang 1992 tapi ditambah “…The Revival” saja. Dari start sana durang menjadi antara ikon penting kepada scene death/doom metal sampai hari ani. Tapi, members band ani bertukar-tukar. Most of them daripada band yang mainkan muzik detah metal macam BLOODBATH, BEWITHCHED etc. Antara member band durang adalah Dan Swanö, orang yang aktif/banyak band dalam scene di Sweden. Setakat ani durang sudah mengeluarkan lapan buah album, tujuh EP, enam single, dua split, satu live album, dua best of/compilation, dau rehearsal dan satu demo.

Ahli band: Jonas Renkse (Lord Seth) - Vocals, Programming, Anders "Blakkheim" Nyström - Guitars, Programming, Backing Vocals, Daniel Liljekvist - Drums, Percussion

Untuk live: Per "Sodomizer" Eriksson – Guitars, Niklas "Nille" Sandin – Bass

*Siapa yang kan jadi member durang boleh jua….hahahaha!*

Logo masa ani

Logo lama


MARSHALL AMPS

Selalu liat DVD or video live? Macamana Marshall amps durang? Basar kan…banyak lagi tu. Ada yang sampai labih sepuluh biji di atas stage. Pernah kamu terpikir yang marshall amps atu kadang-kadang palsu? Berangkali dalam video-video konsert yang kamu liat atu ada yang palsu. Penonton mungkin tertipu. Kalau kitani nampak Marshall amps atu sampai 14 biji diatas pentas, tapi yang sebenarnya cuma dalam dua atau tiga biji saja Marshall amps. Yang labihnya palsu…..Cuba liat gambar dibawah ani.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan