Jumaat, 17 Jun 2011

AMORPHIS – The Beginning Of Time

Sebalum ani aku ada membuat review pasal album durang. Tapi ani album terbaru durang lagi yang keluar tahun ani. Album ani memuatkan 13 buah lagu yang dimulakan dengan lagu Battle Of Light. Lagu yang membagi semangat dengan irama progressive tapi becampur dengan sedikit unsur folk dan sedikit unsur Viking yang dimulakan dengan bunyi piano berlatar belakangkan bunyi keyboard. Dengan style nyanyian yang bersih dan growl memantapkan lagu ani. Lagu kedua Mermaid yang bagi ku mempunyai riff yang baik. Cuma sudah masuk vocal aku inda berapa suka, maksudku part yang awal. My Enemy mengigatkan aku pada muzik durang yang lama, death metal sedikit. Lagu lain macam biasa saja. Sampai lagu Reformation muzik nya membagi sedikit atmosphere yang sedih atau suasana khayalan yang jauh. Keseluruhan album ani mempunyai aliran muzik progresif dan death metal moden bawaan AMORPHIS. Bagi aku album ani bukan yang terbaik keluaran AMORPHIS, pandangan ku sebagai seorang yang meminati zaman death metal durang. Tapi dari segi cara permainan dan production adalah ditahap yang terbaik. Dan inda heran lah AMORPHIS dicalonkankan salah satu band yang terbaik dari Finland. Album ani jua adalah album baaru yang teratas sekali dicarta Finland dan dikedudukan 16 dalam carta German pada minggu pertama album ani dikeluarkan (album ani released 27 May 2011). Satu pencapaian yang belum pernah dibuat oleh AMORPHIS.

Track list:

Battle Of Light

Mermaid

My Enemy

You I Need

Song Of The Sage

Three Words

Reformation

Soothsayer

On A Stranded Shore

Escape

Crack In A Stone

Beginning Of Time

Heart’s Song (Bonus Track)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan