Sabtu, 17 Oktober 2009

METAL THRASHING!!!

Mungkin sudah lapok cerita pasal thrash metal for some peoples. Tapi, maseh ada yang inda tau. Bukan la expert atau si tau, tapi just to give some info arah kawan-kawan…hehehe. Apa yang aku buat di bawah ani bukan lah satu rujuakan yang official atau yang boleh digunakan untuk dalam apa jua penerbitan. Ani hanya pengetahun ku yang sedikit saja melaui membaca dan merujuk sumber-sumber yang relaven. Pengalaman yang sedikit dalam underground muzik extreme ani. Kalau ada yang salah, atau banyak yang kurang please bagitau aku. Thanx!!

Salah satu cabang heavy metal yang extreme yang balum pernah didangar pada masa awal 80an….’Thrash Metal’. Ada jua memanggil Speed Metal atau ada jua memanggil Power Metal. Ianya mungkin start daripada awal tahun 80an. METALLICA yang di asaskan oleh Lars Ulrich sama James Hetfield menjadikan muzik ani menjadi diminati. Pada dasarnya, durang Lars Ulrich (yang berhijrah daripada Denmark ke LA sama keluarganya) adalah fanatic or collector record band-band New Wave Of British Heavy Metal atau NWOBHM sama kawan-kawanya (nanti aku cerita sikit-sikit pasal NWOBHM…kalau aku ada sikit masa…). Band macam JUDAS PRIEST, MOTORHEAD, VENOM, DIAMOND HEAD, SAXON, IRON MAIDEN etc adalah antara band-band NWOBHM yang di gilai. So, macamana dangan muzik thrash?
Muzik ani yang andang berakar-umbikan NWOBHM mempunyai bunyi muzik yang laju, ‘kotor’ dangan lirik yang menceritakan pasal kegelapan atau politik. Sekitar tahun 1982 Brian Slegal (Metal Blade Rec) mencari bands untuk dimasukan ke dalam compilation Metal Massacrenya. So, bila Lars Ulrich membawa James Hetfield (selepas band lamanya LEATHER CHARM pacah) durang merakamkam lagu Hit The Lights untuk compilation atu dangan bantuan kawan durang Lloyd Grant (cigu gitar sabanarnya) untuk membuat lead dalam lagu atu saja. Lapas atu barutah Dave Mustaine masuk untuk merakamkan lagi lagu atu sama beberapa lagu lain dalam demo ‘bertuah’ durang “No Life ‘til Leather”. Sebenarnya durang jua ad demo lain bertajuk “Power Metal” tapi yang paling terbaik adalah “No Life ‘til Leather”. Bassist durang masa atu Ron Mcgovney.





James Hetfield & Dave Mustaine

Dari sana thrash mula berkembang. Demo durang abis disebarkan melalui jaringan tape-trading masa atu. Termasuk fanzines yang membuat review pasal durang sama station radio underground yang memainkan lagu-lagu durang. Timbul band-band yang berkelibar memainkan thrash metal. Band-band macam SLAYER, ANTHRAX, EXODUS, MEGADETH (lapas Dave dikeluarkan dari METALLICA), OVERKILL, DARK ANGEL. Kebanyakanya band dari kawasan Bay Area sama kawasan NY. Apa lagi masa album “Kill ‘Em All” (Megaforce Rec) tahun 1983 keluar (nama asal album atu ditukar dari “Metal Up Your Ass” ke “Kill ‘Em All”). Ianya jadi sejarah dalam arena muzik extreme, Semua orang kan main thrash!!
Selepas METALLICA, ada beberapa buah band yang mengeluarkan debut album durang macam SLAYER “Show No Mercy”, ANTHRAX “Fistful Of Metal”, EXODUS “Bonded By Blood” dan MEGADETH “Killing Is My Business…”.


METALLICA - Ciff Burton, Lars Ulrich, James Hetfield, Dave Mustaine

Pada masa atu thrash metal Amerika berkembang pesat. Ramai yang mengatakan pertengahan tahun 80an, tahun kegemilangan thrash metal. Masa atu glam rock/metal sudah menggila dan thrash metal dangan komunitinya. 1986, album ketiga METALLICA ‘Master Of Puppets’, SLAYER ’Reign In Blood’, MEGADETH ’Peace Sells…But Who’s Buying?’ dapat mencapai kepuasan thrash metal. Walaupun lapas atu ada band yang meramkan album inda sehebat album yang durang yang lama-lama yang pernah durang rakamkan. Ada yang membagi tau, the big four of thrash adalah METALLICA, ANTHRAX, SLAYER dan MEGADETH, tapi ianya andang banar!!! Empat buah band ani mesti ada dalam list thrashers masa atu sampai masa ani. Ditangah-tangah kehebatan thrash, sekitar 1985 muncul lagi satu sub-genre daripada thrash sama hardcore…crossover. Crossover yang mula dipelopori oleh Scott Ian sama Dan Lilker (ANTHRAX ) mengabungkan dua jenis muzik atu. So, jadi tah S.O.D. (STORMTROOPERS OF DEATH) a side-band project dari durang. ‘Speak English Or Die’ album durang pertama yang mempengaruhi band-band crossover lain antaranya macam D.R.I. dan Suicidal Tendencies.


DARK ANGEL


SLAYER - "Hunting The Chapel"

Kepanasan thrash metal bukan saja terasa di Amerika Syarikat dan Kanada (VOIVOD, SACRIFICE, DBC etc) saja. Ianya jua menular ke bahagian Eropah. Dari pandangan ku, yang paling ketara sekali ialah di Jerman. Band macam KREATOR masa atu sudah mengeluarkan album debut ”Enless Pain” (1985), manakala album durang ”Pleasure To Kill” adalah album durang yang menjadi influence band-band dalam scene death metal. SODOM, KREATOR dan DESTRUCTION adalah gergasi thrash metal dari Jerman yang mewakili Eropah secara inda langsung sampai hari ani. Selain atu jua band-band dari Jerman macam BACKWATER sama NECRONOMICON jua jadi antara band thrash metal Jerman yang hebat. Kehebatan durang ani tarus menyerap dalam band-band lain di Eropah. Contohnya band macam CORONER, HELLHAMMER/CELTIC FROST dari Switzerland memeriahkan lagi terikan-terikan kejam thrash metal di sana. Band-band UK macam ONSLAUGHT yang disnajung pasal debut album durang ”Power From Hell” 1985,SABBAT, XENTRIX, RE-AMINATOR jua menjadi tumpuan. Perancis dangan AGGRESSOR, MASSACRA, LOUDBLAST. Italy dangan NECRODEATH, BULLDOZER sekadar band-band yang menjadi tumpuan. Manakala di Belanda band yang terkenal macam DEADHEAD, ASPHYX, TORMENTOR ...etc. Teriakan atu tedangar lagi oleh orang-orang di kawasan Scandinavia, so muncul tah lagi BATHORY, ARTILLERY, MERCILESS dan banyak lagi Dangan album debut durang yang maseh disukai sampai hari ani. Kebanyakan band thrash metal dari Eropah mempengaruhi band-band dari sub-genre macam death metal atau black metal. So, Eropah sampai masa ani maseh mengeluarkan album-album thrash metal yang hebat macam DESASTER, WITCHERY.

Gambar: KREATOR,ONSLOUGHT, Split demo CELTIC FROST/BATHORY 83/84, ARTILLERY "Fear Of Tomorrow", BULLDOZER 'IX"



Kehangatan thrash metal bukan beranti disana saja. Kegilaan muzik extreme ani jua melarat ke kawasan Amerika Selatan macam Brazil, tempat yang paling dikenali mengeluarkan band thrash metal hebat, SEPULTURA. Band ani menjadi pembuka pintu bagi band-band thrash Amerika Latin kepada dunia. EP durang yang pertama ”Beastial Devastation” menjadikan durang band kegemaran dari jauh dalam komuniti thrash melalui jaringan tape-trading. Lapas atu durang mengeluarkan album pertama ”Morbid Vision”, yang mana bagi aku album SEPULTURA yang paling hebat. Aku sendiri membali kaset album ani 3 kali pasal rosak....Muzik yang kasar membuat kan album ani menjadi rujukan kepada band-band death dan black metal. Ianya hanya dirakam dalam belanja yang murah, tapi impactnya basar. Walaupun masa ani SEPULTURA sudah jauh dari muzik durang lama, tapi ia adalah salah satu nama basar dalam muzik thrash metal. Ada jua band-band lain yang memainkan thrash metal selain SEPULTURA macam SARCOFAGO, CHAKAL, SEXTRASH,HOLOCAUSTO, DORSAL ATLANTICA antara yang famous. Sama jua di kawasan lain macam di kawasan Columbia, Paraguay, Mexico, Peru banyak band-band yang memainkan irama ani.

SEPULTURA "Beastial Devastation" EP


SEPULTURA "Morbid Vision"

Di kawasan Australia sama New Zealand thrash metal sudah ada pengikutnya walaupun masa atu dalam kolompok yang sikit saja. Antara band thrash metal Australia yang dikatakan popular pada masa atu macam SLAUGHTER LORD, MORTAL SIN, SADISTIC EXECUTION. Pada masa atu band Australia yang paling basar semestinya AC/DC.
Daripada jaringan tape-trading sama fanzine, Asia jua tekana laungan thrash metal ani. Jepun, dipercayai antara negeri Asia pertama yang didatangi thrash metal. Band macam HELLCHILD, DEATH METAL, SACRIFICE, ERODED,TRANSGRESSOR, CASBAH antara band-band thrash metal awal dari Jepun. Durang sudah mengeluarkan demo tahun 1986 lagi. Walaupun masa atu Jepun sudah mempunyai band heavy metal macam LOUDNESS, X-JAPAN, EARTHSHAKER tapi peminat thrash metal disana kakal thrash. Liat saja banyak band-band thrash keluaran Jepun membuat album yang hebat. Walaupun dari pandangan ku scene underground Jepun lebih banyak band grindcore....atu pandangan aku saja.


SACRIFICE (Jepun)

Dari sana baru tah muzik thrash metal datang ke Asia Tengara. Antaranya Thailand, Malaysia sama Singapore. Macam di Malaysia, mostlynya kitani tau sudah band-band lama yang main thrash metal macam SLAP DEATH, PUNISHER, NEMESIS, RATOR, BLACKFIRE, PICAGARI yang dikenali walaupun ada diantara durang yang inda sampai membuat demo-tape, se tau aku la. Sayang! RATOR pernah mengeluarkan demo durang dulu ”Evil Symphony” 1989. Aku suka demo ani!!!! Tampat yang paling famous dulu Metallica Louge. Lapas atu barutah ada band-band disana yang berevolusi pada muzik durang dari main thrash metal ke death metal. CROMOK saja yang membuat demo di Australia ”Image Of Purity”. Lapas atu tahun 1991 demo atu durang jadikan album durang yang pertama. Aku dapat demo ”Image Of Purity” atu dari kawan-kawan tahun 1990. Bila ku dangar muziknya ku rasa durang dapat mencabar kehebatan band-band basar Malaysia mada atu. Great demo-tape!!!!
Singapura aku kurang sikit tau band thrash metal yang awal di sana. Mungkin band macam ABHORER,DREAD, OPPOSITION PARTY atau NUCTEMERON adalah yang terawal memainkan muzik ani. OPPOITION PARTY adalah band yang memainkan hardcore/punk, tapi muzik durang jua inda jauh dari thrash metal.
Thrash metal jua sampai ke Indonesia. Band thrash awal disana macam BETRAYER adalah salah satu diantara band yang awal memainkan thrash metal. Sampai ari ani BETRAYER sudah ada beberapa buah album antaranya “Pasukan Berani Mati”. Thailand mempunyai scene thrash yang semakin kuat pada akhir 80an. Ada beberapa buah band thrash alwal di sana yang sudha mempunyai demo-tape dan album masa ani. Scene di sana masa ani berkembang pesat....terutamanya dari genre death/grind. Kalau di Filipina masa ani scene metal di sana jua jadi semakin basar walaupun kedatangan muzik extreme akhir sikit datang ke sana. Mungking pasal apa yang aku baca di sana lebih kepada scene punk. Tapi masa ani band-band death/black metal di sana semakin mantap. KRATORNAS antara band extreme yang sudah mempunyai album dari Filipina. Di Brunei irama thrash metal mungkin akhir datang. Band thrash metal awal yang ku tau di Belait macam TORMENTOR (banyak band yang pakai nama ani…) yang memainkan lagu-lagu cover METALLICA. Yang lain mostlynya membuat band semasa irama death metal hampir di kemuncaknya. Band yang main thrash metal disini sementinya dipengaruhi oleh band METALLICA, ANTHRAX atau MEGADETH….macam biasa….pengaruh band-band atu adalah wajib…hehehe.

RATOR

Dipendek kan cerita, pada akhir 80an irama ani semakin berkurang. Bagi ku album KREATOR “Extreme Aggression”, SEPULTURA ”Beneath The Remain”, dua-dua 1989 antara album yang paling best diakhir tahun 80an!!!Pasal apa? Pasal irama death metal sudah mula naik, irama yang asalnya daripada thrash metal atu sendiri. Tapi thrash metal maseh menjadi root kepada death metal sama cabang-cabangnya.

Sekitar 1991 hingga 1994, thrash metal sama sub-genre lain macam death metal mengalami kemerosotan disebabkan datangnya fenomena grunge atau ada yang memanggil muzik alternative. Walaupun muzik ani sudah lama ada dalam kepompong underground, tapi band NIRVANA datang muzik ani membagi kesan negative sikit arah muzik extreme. Masa atu sana-sini orang yang baru tau rock minat grunge, atau ada yang beralih minat menikut trend. So, hal ani jua diakui oleh beberapa orang thrahers lama. Cuba liat atau cek sama majalah metal atau yang paling sanang DVD Get Thrashed. Awal tahun 90an MUNGKIN adalah tahun grunge bagi setengah orang, tapi bagi inda bagi the true metallers!

Tapi akhir 90an, thrash metal naik balik. Band-band generasi baru thrash metal yang maseh mengekalkan spirit of pure thrash metal pun banyak. Kebanyakanya datang dari Eropah contohnya GEHENNAH, NEFELHEIM, METAL LUCIFER dari Jepun…..menyebutkan beberapa buah band saja. Ada jua band-band yang memainkan thrash metal…yang kira thrash metal era baru la yang dicampur kan irama nya macam band LAMB OF GOD, MASTADON atau TRIVIUM….tapi terus terang ku bagitau, bukan thrash metal yang aku suka. Disamping atu jua reunion band-band lama jua ada macam band DARK ANGEL, NEUCLEAR ASSAULT contohnya.


NEFELHEIM

Di kawasan Asia Barat, macam di India (antara kawasan yang pesat membangun scene thrash/death metal masa ani, IRON MAIDEN pun sudah buat konsert di sana), Bangladesh, Pakistan dan Sri Lanka, irama thrash metal ani datang ke sana akhir sikit walaupun durang mempunyai scene yang boleh dikatakan membesar dari sehari kesehari. Mungkin disebabkan ekonomi negeri di kawasan sana dan penerimaan muzik berat sudah mula di terima oleh generasi baru di kawasan sana. Ada band-band yang sudah mengeluarkan album thrash dari macam-macam aliran. Dari aliran thrash metal biasa ke progresif atau teknikal thrash metal. Death metal jangan cerita lagi la...memang ada!! Macamatu jua dikawasan-kawasan Indo-Cina. Band-band dari Vietnam atau Myanmar jua sudah ujud walaupun ada diantara durang mempunyai kebebasan yang terhad bermuzik. Inda ketingalan jua Nepal, Mongolia, Cina (termasuk HK), Taiwan, Korea.
Disebalah Afrika jua thrash metal pun sudah ada. Kawasan Arab macam Jordan, Iran, Dubai etc jua sudah menampakan muzik berat ani diterima. Hampir kebanyakan band-band disana atu sudah mempunyai material sendiri macam demo, EP, album atau sekurang-kurangnya split album/EP.


DEAMONSTEALER (India)


ARTCELL (Bangladesh)


MERLOCK (Sri Lanka)


NEVERCELL (Dubai)

Dokumentari Get Thrashed adalah salah satu dokumentari yang menceritakan sejarah thrash metal dari dulu sampai hari ani. Kalau kan dibuat nama-nama band thrash metal yang lama-lama inda cukup. Karang boring kamu membaca. Walau apapun, sampai hari ani thrash metal maseh didangar dari generasi awal thrash sampai generasi thrash yang baru masa ani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan