Khamis, 8 Oktober 2009

ROCK.....HEAVY METAL

Dalam pertengahan tahun 80an timbul satu genre dari akar rock,semua orang tau: HEAVY METAL.....yeah...heavy metal. Masa atu sampai orang yang dangar pop pun mengakun heavy metal. Seingatku ada band yang ikut Juara Kugiran yang menamakan band nya Heavy Metal....andang kuat pengaruhnya genre ani. Sampai ari ani irama ani masih diminati. Contohnya aku dan kawan-kawan ku...hahahaha.
Dari muzik rock yang karas orang beralih minat ke yang labih karas musicnya. aku rasa 1985 orang di sini sudah mula tau pasal music yang 'baru' ani. Scene music yang masa atu mostly di monopoli oleh band-band pop macam DURAN-DURAN (masa aku menulis ani musim durian plang...), MEN AT WORK, SPANDU BALLET, THOMSON TWIN, DEPECHE MODE (some band metal/gothic influenced by this great band), POINTER SISTERS, DEAD OR ALIVE etc,etc. Tapi muzik heavy metal dapat jua diterima oleh segelintir saja.
Kadai-kadai kaset masa atu ada yang menjual kaset-kaset rock/heavy metal. tapi masa atu semua kasetnya cetak rompak la. Harga $5.00. Ada jua yang paling famous brand Apachee sama kotak tabal buatan Indonesia, tapi harganya $10.00.
Mengikut apa yang ku cek sana.....cek sini, tahun kegemilangan rock/heavy metal di Brunei tahun 1986. Pasal apa? Pasal masa atu releasenya compilation yang menjadi kegilaan Battle Of The Bands. Kumpulan yang ada dalam compilation ani macam ELLA & THE BOYS, RAHIM MAAROF & WHITE STEEL, LEFTHANDED, BLOODSHED sama SYJ. aku rasa semua orang tau pasal ani berangkali...tapi yang alum tau ani la permulaan rock/heavy metal scene di Brunei.
Walaupun sebelum atu SEARCH sudah merakamkan album durang yang pertama (1985) Cinta Buatan Malaysia tapi ia inda sehebat Battle Of The Bands. Sebelum keluarnya album compilation ani, di Malaysia sama di Singapore music rock/heavy metal sudah menjadi-jadi. Lapas atu keluar lagi Battel Of The Bands round 2, band yang sama jua. Tapi sebalum atu SEARCH keluar sama album durang kedua Langit Dan Bumi...apa lagi BOOOMMM scene rock masa atu pasal lagu durang macam Rozana, Meniti Titian Usang.
Aku pun di tahun atu jua mula mendangar rock pasal Battle Of The Bands atu jua. Walaupun sebalum ani muzik rock sudah ada peminatnya yang mendangar lagu-lagu SANTANA, SCORPION,WHITESNAKE,SWEET CHARITY tapi bagi aku Battle Of The Bands mengcompletekan semuanya dangan generasi baru masa atu yang mandangar muzik yang lebih barat.
Lapas atu baru tah orang mendangar band heavy metal lain macam LOUDNESS, DIO,IRON MAIDEN, ACCEPT, MOTLEY CREU, OZZY OSBOURNE, RATT etc...Masa atu banyak orang belumba-lumba belajar main gitar. Gitar tong Kapok buatan China yang paling popular la pasal ia murah. Aku pun tedapat jua tu hehehe.Ada yang beduit atu membali jaket jean biru dengan patches damit sama basar di belakang....masa ani pun ada jua maseh. Di Belait ada sebuah kadai kaling yang menjual barang rock/heavy metal macam T-shirt, badges, bucle, patches, scarfts...di kadai atu jua aku membali singlet IRON MAIDEN puteh yang pertama....gambar Number Of The Beast....hahaha. Pasal BatteleOf The Bands jua la aku minat IRON MAIDEN....hehehe...
1987 muncul lagi band dari Malaysia jua, WINGS album pertama durang Belenggu Irama. Muzik rock masa atu memang hebat. Nda lama abis atu keluar lagi RUSTY BLADE Rintangan Hidup Dunia....makin menjadi lagi....hahaha....walaupun sebalum atu durang ada keluar dengan mini album durang Ikrar Perwira, tapi Rintangan....lagi hebat!!!
Masa atu semua orang kan main muzik...kan buat band...cari chord lagu...yang rambut inda panjang perasan jagi panjang....seluar jean ketat/streach, kasut Nike hi-cut atau kasut Alaf ka apa kah namanya lupa kau...buatan Malaysia....lidah kasut atu dikeluarkan....hahaha...selain daripada atu 'kegemaran sampingan' orang masa atu gusti...yeah G.U.S.T.I. WWF (World Wrestling Federation) masa atu jua banyak peminatnya. Hulk Hogan la yang paling famous. Tapi kalau peminat rock/heavy metal Road Warrior sama Ultimate Warrior jadi pilihan pasal Road Warrior pakai lagu Iron Man dari BLACK SABBATH lagi pun durang nampak ganas sikit hehehe tapi time atu durang bukan dariapada WWF, sudah beberapa tahun baru tah durang join WWF. Ultimate Worrior ia berambut panjang...kira rocker la masa atu....eh cerita gusti pulang....
Kalau bejalan ke padang masa perayaan, banyak yang berfesyen kan rocker. Sapa yang minat punk masa atu (punk nya pun inda tulen la...) disisihkan....atu yang membuat aku inda paham sebenarnya. Lagipun punk di sini bagi aku bukan la punk yang sebanar...untuk fasyen saja. Ku rasa apa erti punk sebanar pun durang inda tau. Punk adalah attitude!! Terpulang la yang positive atau negative.
So...tahun-tahun lapas atu rock/heavy metal jadi music kegemaran. SEARCH lagi mengeluarkan album durang yang paling diminati Fanomena 1989....lagu paling top Issabela. Makin lama makain banyak compilation rock macam Juara-Juara Rock, Batu-Batu Perjuangan...etc. Kalau dulu music rock inda dimainkan dalam radio, tapi hari ani boleh dikatakan hari-hari ada saja muzik rock yang dimainkan....lurus nda??? Kalau dulu sapa mendangar rock, orang jahat....tapi ari ani ianya diterima...pasal nda semestinya rock/heavy metal atu negative.
Thrash metal? Bila ku free kitani berita lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan