Isnin, 13 Februari 2012

MASJID OMAR 'ALI SAIFUDDIEN



Masa aku ke BSB beberapa minggu yang laluaku melintas Masjid Omar ‘Ali Saifuddien. Masa atu waktu ujan. Aku liat masjid yang sudah umurnya 57 tahun masih lagi indah. Aku kagum sekajap meliat masjid atu masa menunggu traffic-light ijau. Ada banyak kali sudah aku masuk masjid ani, aku masih kagum.



Masjid Omar 'Ali Saifuddien telah mula dibina pada 4 Februari 1954 atas hasrat dan cita-cita Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Baginda telah mengangkat mertabat ugama Islam ke tempat yang tinggi dan menjadikan ugama Islam sebagai ugama rasmi Negeri Brunei Darussalam. Ianya dibina di atas sebidang tanah seluas lima ekar berdekatan dengan pinggir Sungai Brunei, Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan) dan merupakan salah sebuah masjid terindah di Asia Tenggara. Bangunan masjid ini mempunyai bentuk senibina Islam klasik, dihias dengan mozek emas, marmar dan kaca berwarna-warni. Menaranya mempunyai lif dan kubahnya diperbuat daripada emas setiap satunya berukuran 53 dan 54 meter tinggi. Di kawasan lagun pula dibina sebuah kapal konkrit yang berbentuk Kenaikan Diraja kurun ke-16. Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Brunei ke-28 pada hari Jumaat, 26 September 1958. Masjid ini boleh menampung jemaah seramai 3,000 orang.” – Teks dari http://www.pusat-sejarah.gov.bn.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan