Rabu, 22 Februari 2012

METALMASTER - Various Artists 1990



VERSI VELENTINE SOUND PRODUCTIONS


VERSI BUKAN VELENTINE SOUND PRODUCTIONS

Album kompilasi yang dikeluarkan oleh label Italy Discomagic dan dilesenkan kepada label Malaysia Valentine Sound Production …..macam biasa. Album kompilasi ani memuatkan 15 buah band yang mana memuatkan band-band Italy dan Poland. Mostly nya dari Italy . Yang sebenarnya kompilasi ani aku dapat dalam tahun 1990. Sama tahun ianya dikeluarkan dalam format kaset la. Ianya adalah antara kompilasi yang mengandungi band-band thrash,speed atau traditional heavy metal/rock. Band yang dimuatkan adalah band-band yang bukan calang-calang masa atu. Ianya jua menunjukan scene metal Italy dan Poland mempunyai band-band yang ku kira cult sampai ari ani macam BULLDOZER, DEATH SS atau siapa inda kenal NECRODEATH dan SCHIZO. Kalau dari Poland macam band TURBO la.Tapi NECRODEATH sama SCHIZO actually memainkan satu lagu yang sepatutnya memakai nama MONDOCANE. Ia band projek NECRODEATH sama SCHIZO. Aku ada kasetnya. Aku inda tau kenapa inda dipakai nama MONDOCANE untuk kompilasi ani.



Track-List:

Side A

1.DEATH SS - Kings Of Evil

2.BULLDOZER - Ilona The Very Best

3. SABOTAGE- Hoka Key

4. DEATHRAGE - Hard Times Are Coming

5. TURBO - Salvator Mundi

6. ASTHAROTH - Gloomy Experiments

7. NUCLEAR SIMPHONY - Lustful For Disaster

Side B

1.NECRODEATH & SCHIZO - Necroschizophrenia

2. ROYAL AIR FORCE - Leading The Riot

3. STRANA OFFICINA - King Trolls

4. DRAMA - The Magic Box

5. NADALI - Hey Jo (Tapi dalam versi asal nama nya NADAJ)

6. HOCCULTA - Along The River Of Memories

7. DRAGON - The Priest Of Betray

8.ALASTOR - The Time Of Judgements

Yang versi bukan VSP punya, track-listnya NECRODEATH & SCHIZO nombor 7, NUCLEAR SIMPHONY nombor 8 di Side A. Side B start dari ROYAL AIR FORCE dan seterusnya.



DEATH SS – “Kings Of Evil”. Lagu yang diambil daripada album Black Mass 1989. Band Italy yang ditubuhkan pada tahun 1977 sampai masa ani sudah ada banyak album. Ianya adalah salah satu band cult dan diantara band metal yang tertua dari Italy. Muzik durang lebih kepada thrash/speed metal. Tapi masa ani durnag memilih unsur-unsur industrial dalam muzik durang. Pembukaan lagu ani mempunyai intro guitar. Lapas atu baru kedenganran cara durang heavy…speed. Cara menyanyi ada gaya VENOM sikit especially part yang mula-mula.




BULLDOZER – “Ilona The Very Best”. Diambil daripada live album durang Alive…. In Poland dalam tahun 1990. Durang yang main muzik thrash/death metal andang steady. Actual lagu ani ada dalam album durang yang ke tiga, titlenya IX yang dikeluarkan dalam tahun 1987. Lagu ani memang antara lagu durang yang paling best. Inda payah cerita pasal lagu ani. Totally thrashdeath metal. Band ani hampir semua metalhead tau. BULLDOZER yang ditubuhkan dalam tahun 1980 dengan mengeluarkan demo durang yang pertama Fallen Angel dalam tahun 1984. Durang ani pun sudah banyak mengeluarkan album (lapan full-length teremasuk live) sama Box Set. Aku ada album durang IX. Dari album atu ku rasa durang start famous dimana-mana.






SABOTAGE – “Hoka Key”. Cara vocalist nya menyanyi macam LOUDNESS dalam album-album klasik durang. OK, ani bukan SABOTAGE yang dari USA tapi band ani dari Florence, Tuscany, Italy. Band ani memainkan muzik traditional heavy metal yang lebih ke NWOBHM. Ditubuhkan dalam tahun 1982 dan pernah mengeluarkan demo dalam tahun 1981 menggunakan nama BLIND DEMON yang hanya membawakan cover-songs dari band SAXON sama dua buah lagu IRON MAIDEN. Lagu dalam kompilasi ani adalah diambil dari album durang yang ketiga namanya pun Hoka Key dikeluarkan dalam tahun 1989. Mengikut sumber band ani masih lagi aktif.





DEATHRAGE – “Hard Times Are Coming”. Banyak band yang menggunakan nama ani sebagai nama band durang. Tapi ani band thrash metal yang dari Italy. Durang memainkan muzik thrash yang siok yang mana pada masa atu muzik yang macam durang mainkan ani betimbun band yang memainkan. Influence durang macam band EXODUS, TESTAMENT….mostlynya Bay Area punya soundla. Lagu ani diambil daripada debut album durang Self Conditioned, Self Limited 1988.




TURBO – “Salvator Mundi”. Band Poland ani membawakan arah tuju muzik durang yang heavy, speed, thrash metal. Lagu ani diambil dari album Epidemie 1989, album yang ke tujuh. Cara muzik durang bagus. Aku suka lagu ani. Actaully, aku start tau band ani dari kompilasi ani. Band ani ditubuhkan dalam tahun 1980. Apa yang aku tau durang adalah antara band lama yang disegani di Poland. Band ani masih lagi aktif. Durang ani ada mempunyai beberapa buah album dan EP.





ASTHAROTH – “Gloomy Experiments”. Bagi ku lagu band ani macam band KREATOR lama era Pleasure To Kill atau sezaman nya. Tapi of-course la pasal lagu ani pun dibuat masa thrash/death metal melanda scene muzik extreme dunia. Band ani berasal dari Poland dan ditubuhkan pada tahun 1988 dengan muzik thrash metal sebagai genre muzik durang. Lagu dalam dalam album ani adalah dari album pertama durang dibawah Metal Master Records, titlenya Gloomy Experiments jua dikeluarkan dalam tahun 1990. Band ani berpindah atau berhijrah ke San Francisco, California, Amerika….kira Bay Area scene la….dalam tahun yang sama. Lapas atu split dalam tahun 1994. Band ani hanya mengeluarkan satu album atu saja, the rest cuma tiga ke empat buah demo. Tapi ada rilisan compilation durang, Lost Forever World dalam tahun 2006. Reputasi band ani kira OK jua pasal aku ada jua tebaca sana sini dalam zine, mag dan web pasal band ani. Sayang band ani inda ujud lagi.





NUCLEAR SIMPHONY – “Lustful For Disaster”. Band ani memainkan muzik thrash metal yang lebih kurang macam band thrash yang lain.Pengaruh Tthrash metal Bay Area dan ada jua unsur-unsur thrash German ada didalam lagu ani. Band ani ditubuhkan dalam tahun 1986 dari Italy menghasilkan dua demo dan satu full-length album. Lagu dalam kompilasi ani diambil dari the only album yang durang ada, Lost In Wonderland 1989. Status band ani sudah split-up. Band ani pernah menggunakan nama GALAX dengan empat buah demo dari tahun 1982 sampai 1986.





NECRODEATH & SCHIZO – “Necroschizophrenia”. OK, actually bagi aku bukan NECRODEATH dan SCHIZO, tapi side-project band anggota dari kedua-dua buah band NECRODEATH & SCHIZO dengan menggunakan MONDOCANE sebagai nama band durang. Lagu ani adalah di dalam satu-satunya album MONDOCANE, Project One dalam tahun 1990. Aku ada kaset MONDOCANE ani. Lebih kurang dengan band NECRODEATH sama SCHIZO, MONDOCANE memainkan muzik yang lebih kurang sama….thrash metal. Tapi NECRODEATH lebih gelap lagi muzik durang. Band ani split sudah tapi reunion dalam tahun 2007 dan split lagi tahun 2010. Tapi aku kurang pasti kalau durang ada relisan dalam jangkamasa durang reunion. Kenapa inda memakai nama MONDOCANE untuk lagu ani? Sedangkan MONDOCANE sudah ditubuhkan tahun 1989. Tapi band-band ani adalah a great band keluaran Italy!




ROYAL AIR FORCE – “Leading The Riot”. Liat nama pun aku sudah tau band ani berunsurkan hard rock/traditioanal heavy metal. Band yang ditubuhkan di Milan, Italy tahun 1983 mempunyai dua buah album, EP dan satu demo. Lagu dalam kompilasi ani diambil daripada album kedua durang dengan nama album yang sama dengan lagu durang Leading The Riot ditahun 1989. Lagu durang ani bagi aku banyak influencekan band-band macam RATT, DOKKEN dan band-band yang segenre denganya. So, jangan cari lagi la band ani pasal durang sudah split.




STRANA OFFICINA – “King Trolls”. Aku jarang tau banyak pasal band-band Italy. Sikit-sikit ada la. Yang ani band yang paling lama dalam kompilasi ani. Band ani ditubuhkan dalam tahun 1970 dengan memainkan muzik traditional heavy metal. Uniknya band ani selepas kematian Roberto Cappanera (drum) dan Fabio Cappanera (guitar) dalam tahun 1993…durang ani adi beradi…anak durang menyambung band ani. Rolando "Rola" Cappanera (drum) dan Dario "Kappa" Cappanera (guitar) menyambung legasi bapa durnag. Lagu “King Trolls” adalah lagu dari album durang yang pertama Rock & Roll Prosoners dalam tahun 1989. Walaupun band ani ditubuhkan dalm tahun 1970,tapi durang hanya start mengeluarkan material dari tahun 1983 sebagai demo pertama. Lepas atu EP dan beberapa demo lagi sampai album yang pertama. Mungkin band ani inda expose atau mungkin banyak main as a club band. Dalam pertenghan 1990an band ani disbanded. Sampai tahun 2007 dikeluarkan compilation album durang, 2008 Box Set dan 2010 album Rising To The Call. Band ani masih lagi ujud sampai ariani antara line-upnya adalah anak-anak Roberto dan Fabio.




DRAMA – “The Magic Box”. Muzik durang tekanang ku muzik yang di bawakan oleh VAN HALEN…macam atula. Band ani memainkan muzik hardrock. Aku nada info pasal band ani. Dari mana pun aku inda tau.


NADALI – “Hey Jo”. Band ani membawakan muzik hard rock atau mungkin aku boleh kategorikan macam glam rock ala POISON (USA) atau band-band rock glam dari LA, Amerika. Aku nada info pasal band ani….sorry. Tapi kalau ikutkan track-list yang versi bukan VSP namanya NADAJ.


HOCCULTA – “ Along The River Of Memories”. Lagu ani diambil daripada album durang Back In The Dark tahun 1988, titile atu jua durang gunakan untuk title demo durang tahun 1987. Lagu ani menunjukan yang durang ani memainkan muzik thrash, inda terlalu keterlaluan…maksud aku unsur traditional heavy metal masih ada dalam lagu ani. HOCCULTA beremula pada tahun 1983….masa atu banyak tumbuh band-band yang memainkan muzik heavy metal yang keras selain rock biasa. Band ani pun band dari Italy. Durang ada dua buah album yang mana album pertama War Gaming dikeluarkan dalam tahun 1984. Kira sekajap band ani dapat deal. Pasal baru setahun sudah ada full-length album. Lapas album durang Back In The Dark tahun 1988 band ani inda lagi mengeluarkan sebarang material sehingga tahun 2006 barutah keluar EP durang Taste The Return. Tapi lapas atu yang ku tau durang nada lagi mengeluarkan sebarang album atau EP walaupun band ani yang ku tau masih lagi aktif.





DRAGON – “The Priest Of Betray”. Aku suka mendangar band ani jua. Durang memainkan muzik heavy metal/thrash metal. Lagu ani diambil dariapda album durang 1989 Horda Goga. Band ani ditubuhkan di Katowice,Poland dalam tahun 1984. Durang ani mula-mula main dalam aliran thrash metal tapi beralih ke death metal. Setakat ani durang ada mempunyai lima album dibawah beberapa lebel dan album terakhir durang dalam tahun 1999 Twarze. Kalau diikutkan status durang sampai masa ani durang masih masih inda berapa aktif. Tapi inda tau kalau durang kan re-active kan lagi band ani.


ALASTOR – “The Time Of Judgements”. Muzik yang durang bawakan thrash metal. Siok jua mendangar. Ada pengaruh KREATOR sama SODOM lama. Band ani dari Poland dan lagu ani adalah dari album durang yang pertama Syndroms Of The Cities 1989 yang bernaung dibawah Metal Mater Records sama macam yang lain jua. Band yang ditubuhkan pada tahun 1986 mempunyai empat buah album dan album durang yang terakhir Spaaazm tahun 2009.



Kalau kitani liat kompilasi ani bagiku kompilasi hubungan duahala diantara band-band dari Italy sama band-band dari Poland. Inda kira apa orang cakap pasal metal. Yang penting jujur dan inda mengacau orang lain.

1 ulasan:

  1. Bagus info mu ani brader..salute ku..THRASH TILL DEATH SALAM METAL 🤘FROM VICTORIA ISLAND🇲🇾

    BalasPadam