Ahad, 27 Januari 2013

GRAVE -Endless Procession Of Souls 2012




Tiada alasan bagi Grave bertukar arah pada muzik death metal bawaan durang. Memang masih lagi dengan bunyi Swedish Death Metal durang yang tebal. Bunyi gitar yang panjang tapi berat yang menjadikan bunyi death metal ani sebagai ikutan satu masa dulu. Bersama-sama band Sweden yang lain macam Entombed, Unleasehed, Dismember…sekadar menyebutkan beberapa buah band, Grave adalah antara band yang memang mempunyai reputasi yang baik dalam scene death metal Sweden juga Scandinavia. Bebalik pada Grave, album ani adalah album yang ke sepuluh. Dari album pertama "Into The Grave" tahun 1991 sampai album ani sound original Grave tetap bertenaga. Salah satu lagu yang aku suka dalam album ani Disembodied Steps, dimana pada awal iramanya macam lagu klasik durang Into The Grave. Suara Ola Lindgren (hello Ola!!) maseh inda berubah walaupun umur nya sudah meningkat. Ani yang ku katakan death metal sebenar keluaran Sweden/Scandinavia. Riff-riff yang memang menghantui bagi sesiapa yang mendangar kanalbum ani. Encountering The Divine, antara lagu yang patut didangarkan. Cara gubahan muzik Grave dari dulu masih tetap sama. Bagi aku semua lagu-lagu durang mempunyai kekuatan. Dengan pukulan drum yang laju ada sekalai sekala perlahan , double pedal, mainan gitar yang memang tipikal death metal Grave  dengan bunyi yang panjang menjadikan aku berpuas hati mendangarkanya. Tiada bunyi-bunyian eksperimen….totally pure death metal. Lagu demi lagu aku mendangarkan album ani memang berbaloi, bagi aku setiap rilisan Grave inda pernah menghampakan….walaupun Endless Procession Of Souls bukanlah album yang terbaik keluaran Grave dari perpektif ku.


Grave ditubuhkan pada tahun 1986 dibawah nama Corpse. Durang juga pernah menggunakan nama Putrefaction dan menghasilkan satu demo pada tahun 1989 "Paindful Death". Tapi penggunaan Putrefaction masih samar-samar bagi aku. Mungkin juga ianya adalah side-project band anggota -anggota Corpse/Grave pada masa itu. Semasa Corpse mereka  menghasilkan demo "Black Dawn" pada tahun 1986. Mereka menggunakan nama Grave bermula pada tahun 1988 hingga kini dan mengeluarkan tiga buah demo iaitu "Sick Disgust Eternal" 1988 sementara "Sexual Mutilation" dan "Anatomia Corporis Humani"  pada tahun 1989. Selepas itu menreka mengeluarkan promo, beberapa EP, live album dan split bersama band-band lain. Selain itu mereka juga ada mengeluarkan dua box-set dan dua album kompilasi. Kompilasi yang terakhir mereka adalah "Necropsy - The Complete Demo Recordings 1986-1991" yang mana kompilasi lagu-lagu yabg diambil daripada demo serta promo mereka semasa dibawah nama Corpse, Putrefection dan Grave. Tahun 1991 aku mula berhubung dengan Ola, dan ia menghantar salinan EP mereka "Tremendous Pain" serta promo untuk album durang yang pertama "Into The Grave". Selepas atu aku menjadi peminat Grave sampai hari ani.

Jumaat, 25 Januari 2013

THE GATEHRING - Disclosure 2012



Dimulakan dengan lagu Paper Waves, lagu ani menyentuh suasana didunia yang penuh dengan suasana yang sepi. Atu salah satu antara banyak-banyak lagu The Gathering yang beralih mood muzik daripada death/doom masa awal penubuhan hingga kepada atmospheric rock pada masa ani. Untuk kali ani muzik durang masih lebih kurang macam yang sebelum ani. Tapi dengan atmosfera yang berlainan sikit. Ada kelainan pada muzik durang. Kadangkala sunyi, kadangakala bising, kadangkala okey saja muzik durang. Bagi ku macam mendangarkan muzik rock yang ringan. Ditambah lagi dengan tiupan trompet (trompet kah tu??) pada trek yang kedua Meltdown. Silje Wergeland, yang memang bukan penyanyi asal band ani membawakan lagu-lagu The Gathering dengan cukup baik. Aku suka mendangarkannya. Walaupun Silje berasal daripada Norway, dan sebelum ani bersama bersama female-band Octavia/Octavia Sperati. Dan pernah mengeluarkan 2 album. 



Lagu Heroes For Ghost menginatkan aku pada penyanyi lama The Gathering, Anneke Van Giersherge yang mana masa ani bersama band Maiden United, antara band yang dianggotainya. Cara serta gaya nyanyian lebih kurang. Sekali gus mengiatkatkan aku jua pada album Mandylion 1995. 

Ada lapan buah lagu semuanya dalam album ani. Yang mana hampir semuanya seakan-akan menyamai dengan album yang sebelumnya. Cuma ada sedikit pembaharuan. lagu-lagu dalam album ani sesuai kalau didangar pada waktu malam yang sunyi,atau sekurang-kurangnya duduk 'mengupi' di Coffee Bean atau Gloria Jeans Coffee…..

Rabu, 23 Januari 2013

ESOTERIC - Paragon Of Dissonance 2011




Esoteric, dengan album Paragon Of Dissonance adalah album yang dikeluarkan pada tahun 2011. Album ani dimulakan dengan gaya doom yang begitu mendalam. Lagu pertama sudah membuatkan aku bersenmangat mendengarkannya. Suara yang memang tipikal bagi band yang membawakan konsep doom, apatah lagi doom metal yang berpaksikan funeral doom. Permainan guitar utamanya  yang meng driven kan lagu-lagu durang. Macam band-band funeral doom yang lain la. Bagi yang jarang mendangarkan muzik doom metal, lebih-lebih lagi funeral doom metal mungkin ianya inda masuk ke dalam kotak otak kamu. Mungkin disebabkan doom metal agak perlahan tapi dark. Kalau mendengarkan album dari band ani, funeral doom nya ada kelainan sikit daripada band-badn funeral doom yang pernah aku dengar. Muzik durang mengiatkan aku pada band macam Swallow The Sun atau Daylight Dies. Jangan samakan dengan muzik doom metal daripada My Dying Bride, atau muzik awal Paradise Lost dan Anathema. Durang atu kira pelepor muzik doom metal, tapi band macam Esoteric membawa muzik doom metal kearah suasana atmosfera yang lebih jauh sedikit…… gelap dan berat. Bila mendengarkan muzik durang (band-band funeral doom lain jua) membawa rasa bayangan ke satu alam yang lain. Muzik yang bertenaga walau perlahan dapat menceritakan apa yang yang sebenarnya tersirat dalam lagu-lagu durang. Sedih, pilu, marah, benci, atmosfera yang menyedihkan….tapi ditiup dengan suasana kegelapan dan misteri. Bunyi gitar yang yang panjang,drum yang bukan dimainkan secara agresif, suara yang sentiasa growl dan kotor dengan sedikit iringan keyboard bagi melengkapkan muzik bawaan muzik durang. Cover album yang begitu berahsia gambarnya….dari pandangan aku. Terlalu simbolik. Terdapat tujuh buah lagu dalam album ani. Tapi lagu-lagu durang panjang. Ada yang sampai 17:17. Paling pendek 07:06. Band yang bersal dari UK ani telah ditubuhkan pada 1992. Dan setakat ani band ani telah mengeluarkan satu demo dan enam full-length. Dan album  ani adalah album yang ke enam dibawah Season of Mist.  

Sabtu, 19 Januari 2013

TOXIC HOLOCAUST - Conjure And Command 2011



Toxic Holocaust bukan sebuah band yang hanyan memnainkan muzik thrash metal kerana mengikut peredaran masa muzik ekstrem. TH bagi aku mementingkan keaslian dalam pembuatan lagu-lagu durang. Conjure And Command adalah album durang yang ke empat dibawah naungan relapse Records dan mempunayi beberapa EP dan split. Oleh itu TH lebih matang dalam penciptaan muzik thrash metal yang bertunjangkan speed/black metal. Kalau diengarkan muzik durang, TH memainkan muzik thrash yang ada pada band-band thrash lama yang sudah ujud di thaun-tahun pertengahan dan akhir 80an. Aku dapat dengar Sodom antara band yang mungkin menjadi pengaruh bagi mereka. Jika sekiranya durang ujud pada masa zaman kegemilangan thrash metal di tahun 80an, mungkin durang adalah antara band yang sebaris dengan Metallica, Sodom dan band-band seangkatan mereka. Walaupun muzik durang adalah bawaan muzik thrash metal, tapi rentak thrash moden juga dapat dirasakan. Ini tidak menghampakan pada dari segi muzikal durang sebab mereka datang pada zaman muzik death metal bangkit semula. TH asalnya adalah band one-man band oleh Joel Grind dan dibantu oleh kawan-kawanya hingga masa ani. Band ani ditubuhkan pada tahun 1999 di USA. Dari demo awal durang, sambutan daripada pendengar metal sangat memberangsangkan. Dalam album ani, spirit thrash metal tetap dikekalkan. Aku sendiri jarang mendangar TH, tapi bila aku mendengar TH terbayang yang aku macam maseh berada di zaman kaset…zaman thrash metal maksud aku. Album ani mempunyai 10 buah lagu. Semua lagu-lagu durang bagi aku mesti didengar. Lepas mendengar 1 trek, mesti mau lagi mendengarkan trek seterusnuya. Ini adalah disebabkan lagu-lagu durang totally kick-ass!

INCANTATION - Vanquish In Vengeance 2012



Lama inda mendangar Incantation. Macam rindu kan mendengarkan muzik bawaan durang yang memang totally death metal! Siapa yang inda kenal band Incantation, band yang berasal daripada Pennsylvania, Amerika Syarikat. Album ani adalah album yang ke 11, Vanquish In Vengeance. Album ani masih mengekalkan cara muzik durng lama…ada unsur-unsur pelahan dipertengahan lagu. Inda banyak berubah terutama vocal yang maseh mantap growlnya. Terdapat 10 buah lagu dalam album ani. 

Invoke Infinity -  Lagu pertama dan ianya macam inda memuaskan aku pasal ku rasa lagu ani sekajap walaupun mempunyai kekuatan death metal keluaran Amerika.

Ascend Into The Eternal - Sound death metal yang maseh sama. Mantap. Pertengahan lagu ani ada unsur-unsur perlahan or doom? Ianya sound bagi band Incantation dan tipical bagi kebanyakan band-band US Death Metal.

Progeny Of Tyranny - Lagu yang siok ku layan. Muzik yang strait, laju…kemantapan bunyi gitar yang tajam. Tempo perlahan yang sesuai di pertengahan lagu. Hentakan double pedal yang sentiasa ada membuatkan lagu ani antara yang aku suka.

Transcend Into Absolite Dissolution - Slow and steady…lagu ani inda banyak bezanya dengan lagu-lagu daripada lagu-lagu yang ada dalam album durang terdahulu. Lagu ani mengiatkan aku pada band-band death metal lama yang memainkan death metal yang dark and slow.

Haruspex - Lagu inda terlalu perlahan. Kepuasan ditahap sederhana tapi sedikit memuaskan. Bunyi gitar yang macam bersahaja lagu ani bagi aku siok didangar. Atmosfera gelapnya ada pada pengujung lagu ani walaupun mula-mula sederhana lagunya.

Vanquish In Vengeance - Title bagi nama album ani. Bunyi lead guitar yang menjadi trademark Incantation melengkapkan lagu ani. Sebenarnya lagu ani inda banyak perbezaan...

Profound Loathing - Dimulakan dengan bunyi bass yang sunyi saja. Perlahan muzik nya. Nasib ada bunyi double pedal seiring dengan bunyi gitar yang ringkas tapi menyucuk…yang banyak ku dapat dari lagu ani ialah mata ku sedikit mengantuk…..

The Hellion Genesis - Lagu ani mengiatkan aku band-band death metal awal dari Sweden, terutama macam Unleashed dan Grave. Riff dan gaya nyanyian yang mantap… tapi maseh lagi cara Incantation.

From Hollow Sands - Dark,slow dengan suara dan bunyi gitar yang tebal.

Legion Of Dis - Lagu terpanjang dalam album ani. Slow tapi berat dalam kegelapan ku kira adalah intipati bagi lagu ani. Ada jua beberapa riff yang kedengaran macam album durang sebelumnya. Mengiati jua ku pada band Winter yang too slow tapi berat. Siapa yang inda biasa mendangar Incantation atau muzik death metal slow tapi berat…mungkin album-album atau lagu-lagu Incantation bukan jadi pilihan. 

Bagi aku album ani sama saja macam album-album durang yang lapas. Inda banyak berubah dari rilisan klasik durang…heavy, dark, bising, growl…Secara keseluruhan album ani masih yang terbaik daripada Incantation. Tapi bila makin lama ku dangar album ani, ada sedikit bunyi zaman awal Scandinavian Death Metal. Tapi atu cuma imbas-imbas saja. Bukan disebabkan oleh Dan Swano? Yang bertanggungjawab dalam mixing dan mastering album ani. Yang penting muzik Incantation maseh tetap ada dan aku rasa muzik durang akan dikekalkan pada masa akan datang, tapi dengan riff-riff yang lebih hebat.
Album ani dkeluarkan dibawah Listenable Records, dan adalah album yang ketiga dibawahnya. Sebelum ani durang pernah di bawah Relapse Records dimana album-album awal durang yang ku kira cult di bawah payung Relapse. Lapas atu Candlelight Records hanya mengeluarkan satu relisan saja sebelum Listanable. Manakala, Seraphic Decay pernah mengeluarkan EP durang sebelum durang mengeluarkan album pertama. Album ani dimixing dan dimastering oleh Dan Swano. Siapa inda kenal Dan Swano…individu yang aktif dalam industri muzik ekstrem.