Jumaat, 25 Januari 2013

THE GATEHRING - Disclosure 2012



Dimulakan dengan lagu Paper Waves, lagu ani menyentuh suasana didunia yang penuh dengan suasana yang sepi. Atu salah satu antara banyak-banyak lagu The Gathering yang beralih mood muzik daripada death/doom masa awal penubuhan hingga kepada atmospheric rock pada masa ani. Untuk kali ani muzik durang masih lebih kurang macam yang sebelum ani. Tapi dengan atmosfera yang berlainan sikit. Ada kelainan pada muzik durang. Kadangkala sunyi, kadangakala bising, kadangkala okey saja muzik durang. Bagi ku macam mendangarkan muzik rock yang ringan. Ditambah lagi dengan tiupan trompet (trompet kah tu??) pada trek yang kedua Meltdown. Silje Wergeland, yang memang bukan penyanyi asal band ani membawakan lagu-lagu The Gathering dengan cukup baik. Aku suka mendangarkannya. Walaupun Silje berasal daripada Norway, dan sebelum ani bersama bersama female-band Octavia/Octavia Sperati. Dan pernah mengeluarkan 2 album. 



Lagu Heroes For Ghost menginatkan aku pada penyanyi lama The Gathering, Anneke Van Giersherge yang mana masa ani bersama band Maiden United, antara band yang dianggotainya. Cara serta gaya nyanyian lebih kurang. Sekali gus mengiatkatkan aku jua pada album Mandylion 1995. 

Ada lapan buah lagu semuanya dalam album ani. Yang mana hampir semuanya seakan-akan menyamai dengan album yang sebelumnya. Cuma ada sedikit pembaharuan. lagu-lagu dalam album ani sesuai kalau didangar pada waktu malam yang sunyi,atau sekurang-kurangnya duduk 'mengupi' di Coffee Bean atau Gloria Jeans Coffee…..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan