Tiada alasan bagi Grave bertukar arah pada muzik death metal bawaan durang. Memang masih lagi dengan bunyi Swedish Death Metal durang yang tebal. Bunyi gitar yang panjang tapi berat yang menjadikan bunyi death metal ani sebagai ikutan satu masa dulu. Bersama-sama band Sweden yang lain macam Entombed, Unleasehed, Dismember…sekadar menyebutkan beberapa buah band, Grave adalah antara band yang memang mempunyai reputasi yang baik dalam scene death metal Sweden juga Scandinavia. Bebalik pada Grave, album ani adalah album yang ke sepuluh. Dari album pertama "Into The Grave" tahun 1991 sampai album ani sound original Grave tetap bertenaga. Salah satu lagu yang aku suka dalam album ani Disembodied Steps, dimana pada awal iramanya macam lagu klasik durang Into The Grave. Suara Ola Lindgren (hello Ola!!) maseh inda berubah walaupun umur nya sudah meningkat. Ani yang ku katakan death metal sebenar keluaran Sweden/Scandinavia. Riff-riff yang memang menghantui bagi sesiapa yang mendangar kanalbum ani. Encountering The Divine, antara lagu yang patut didangarkan. Cara gubahan muzik Grave dari dulu masih tetap sama. Bagi aku semua lagu-lagu durang mempunyai kekuatan. Dengan pukulan drum yang laju ada sekalai sekala perlahan , double pedal, mainan gitar yang memang tipikal death metal Grave dengan bunyi yang panjang menjadikan aku berpuas hati mendangarkanya. Tiada bunyi-bunyian eksperimen….totally pure death metal. Lagu demi lagu aku mendangarkan album ani memang berbaloi, bagi aku setiap rilisan Grave inda pernah menghampakan….walaupun Endless Procession Of Souls bukanlah album yang terbaik keluaran Grave dari perpektif ku.
Grave ditubuhkan pada tahun 1986 dibawah nama Corpse. Durang juga pernah menggunakan nama Putrefaction dan menghasilkan satu demo pada tahun 1989 "Paindful Death". Tapi penggunaan Putrefaction masih samar-samar bagi aku. Mungkin juga ianya adalah side-project band anggota -anggota Corpse/Grave pada masa itu. Semasa Corpse mereka menghasilkan demo "Black Dawn" pada tahun 1986. Mereka menggunakan nama Grave bermula pada tahun 1988 hingga kini dan mengeluarkan tiga buah demo iaitu "Sick Disgust Eternal" 1988 sementara "Sexual Mutilation" dan "Anatomia Corporis Humani" pada tahun 1989. Selepas itu menreka mengeluarkan promo, beberapa EP, live album dan split bersama band-band lain. Selain itu mereka juga ada mengeluarkan dua box-set dan dua album kompilasi. Kompilasi yang terakhir mereka adalah "Necropsy - The Complete Demo Recordings 1986-1991" yang mana kompilasi lagu-lagu yabg diambil daripada demo serta promo mereka semasa dibawah nama Corpse, Putrefection dan Grave. Tahun 1991 aku mula berhubung dengan Ola, dan ia menghantar salinan EP mereka "Tremendous Pain" serta promo untuk album durang yang pertama "Into The Grave". Selepas atu aku menjadi peminat Grave sampai hari ani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan