Toxic Holocaust bukan sebuah band yang hanyan memnainkan muzik thrash metal kerana mengikut peredaran masa muzik ekstrem. TH bagi aku mementingkan keaslian dalam pembuatan lagu-lagu durang. Conjure And Command adalah album durang yang ke empat dibawah naungan relapse Records dan mempunayi beberapa EP dan split. Oleh itu TH lebih matang dalam penciptaan muzik thrash metal yang bertunjangkan speed/black metal. Kalau diengarkan muzik durang, TH memainkan muzik thrash yang ada pada band-band thrash lama yang sudah ujud di thaun-tahun pertengahan dan akhir 80an. Aku dapat dengar Sodom antara band yang mungkin menjadi pengaruh bagi mereka. Jika sekiranya durang ujud pada masa zaman kegemilangan thrash metal di tahun 80an, mungkin durang adalah antara band yang sebaris dengan Metallica, Sodom dan band-band seangkatan mereka. Walaupun muzik durang adalah bawaan muzik thrash metal, tapi rentak thrash moden juga dapat dirasakan. Ini tidak menghampakan pada dari segi muzikal durang sebab mereka datang pada zaman muzik death metal bangkit semula. TH asalnya adalah band one-man band oleh Joel Grind dan dibantu oleh kawan-kawanya hingga masa ani. Band ani ditubuhkan pada tahun 1999 di USA. Dari demo awal durang, sambutan daripada pendengar metal sangat memberangsangkan. Dalam album ani, spirit thrash metal tetap dikekalkan. Aku sendiri jarang mendangar TH, tapi bila aku mendengar TH terbayang yang aku macam maseh berada di zaman kaset…zaman thrash metal maksud aku. Album ani mempunyai 10 buah lagu. Semua lagu-lagu durang bagi aku mesti didengar. Lepas mendengar 1 trek, mesti mau lagi mendengarkan trek seterusnuya. Ini adalah disebabkan lagu-lagu durang totally kick-ass!
Mengenai Saya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan