Rabu, 23 Januari 2013

ESOTERIC - Paragon Of Dissonance 2011




Esoteric, dengan album Paragon Of Dissonance adalah album yang dikeluarkan pada tahun 2011. Album ani dimulakan dengan gaya doom yang begitu mendalam. Lagu pertama sudah membuatkan aku bersenmangat mendengarkannya. Suara yang memang tipikal bagi band yang membawakan konsep doom, apatah lagi doom metal yang berpaksikan funeral doom. Permainan guitar utamanya  yang meng driven kan lagu-lagu durang. Macam band-band funeral doom yang lain la. Bagi yang jarang mendangarkan muzik doom metal, lebih-lebih lagi funeral doom metal mungkin ianya inda masuk ke dalam kotak otak kamu. Mungkin disebabkan doom metal agak perlahan tapi dark. Kalau mendengarkan album dari band ani, funeral doom nya ada kelainan sikit daripada band-badn funeral doom yang pernah aku dengar. Muzik durang mengiatkan aku pada band macam Swallow The Sun atau Daylight Dies. Jangan samakan dengan muzik doom metal daripada My Dying Bride, atau muzik awal Paradise Lost dan Anathema. Durang atu kira pelepor muzik doom metal, tapi band macam Esoteric membawa muzik doom metal kearah suasana atmosfera yang lebih jauh sedikit…… gelap dan berat. Bila mendengarkan muzik durang (band-band funeral doom lain jua) membawa rasa bayangan ke satu alam yang lain. Muzik yang bertenaga walau perlahan dapat menceritakan apa yang yang sebenarnya tersirat dalam lagu-lagu durang. Sedih, pilu, marah, benci, atmosfera yang menyedihkan….tapi ditiup dengan suasana kegelapan dan misteri. Bunyi gitar yang yang panjang,drum yang bukan dimainkan secara agresif, suara yang sentiasa growl dan kotor dengan sedikit iringan keyboard bagi melengkapkan muzik bawaan muzik durang. Cover album yang begitu berahsia gambarnya….dari pandangan aku. Terlalu simbolik. Terdapat tujuh buah lagu dalam album ani. Tapi lagu-lagu durang panjang. Ada yang sampai 17:17. Paling pendek 07:06. Band yang bersal dari UK ani telah ditubuhkan pada 1992. Dan setakat ani band ani telah mengeluarkan satu demo dan enam full-length. Dan album  ani adalah album yang ke enam dibawah Season of Mist.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan