Sabtu, 19 Januari 2013

INCANTATION - Vanquish In Vengeance 2012



Lama inda mendangar Incantation. Macam rindu kan mendengarkan muzik bawaan durang yang memang totally death metal! Siapa yang inda kenal band Incantation, band yang berasal daripada Pennsylvania, Amerika Syarikat. Album ani adalah album yang ke 11, Vanquish In Vengeance. Album ani masih mengekalkan cara muzik durng lama…ada unsur-unsur pelahan dipertengahan lagu. Inda banyak berubah terutama vocal yang maseh mantap growlnya. Terdapat 10 buah lagu dalam album ani. 

Invoke Infinity -  Lagu pertama dan ianya macam inda memuaskan aku pasal ku rasa lagu ani sekajap walaupun mempunyai kekuatan death metal keluaran Amerika.

Ascend Into The Eternal - Sound death metal yang maseh sama. Mantap. Pertengahan lagu ani ada unsur-unsur perlahan or doom? Ianya sound bagi band Incantation dan tipical bagi kebanyakan band-band US Death Metal.

Progeny Of Tyranny - Lagu yang siok ku layan. Muzik yang strait, laju…kemantapan bunyi gitar yang tajam. Tempo perlahan yang sesuai di pertengahan lagu. Hentakan double pedal yang sentiasa ada membuatkan lagu ani antara yang aku suka.

Transcend Into Absolite Dissolution - Slow and steady…lagu ani inda banyak bezanya dengan lagu-lagu daripada lagu-lagu yang ada dalam album durang terdahulu. Lagu ani mengiatkan aku pada band-band death metal lama yang memainkan death metal yang dark and slow.

Haruspex - Lagu inda terlalu perlahan. Kepuasan ditahap sederhana tapi sedikit memuaskan. Bunyi gitar yang macam bersahaja lagu ani bagi aku siok didangar. Atmosfera gelapnya ada pada pengujung lagu ani walaupun mula-mula sederhana lagunya.

Vanquish In Vengeance - Title bagi nama album ani. Bunyi lead guitar yang menjadi trademark Incantation melengkapkan lagu ani. Sebenarnya lagu ani inda banyak perbezaan...

Profound Loathing - Dimulakan dengan bunyi bass yang sunyi saja. Perlahan muzik nya. Nasib ada bunyi double pedal seiring dengan bunyi gitar yang ringkas tapi menyucuk…yang banyak ku dapat dari lagu ani ialah mata ku sedikit mengantuk…..

The Hellion Genesis - Lagu ani mengiatkan aku band-band death metal awal dari Sweden, terutama macam Unleashed dan Grave. Riff dan gaya nyanyian yang mantap… tapi maseh lagi cara Incantation.

From Hollow Sands - Dark,slow dengan suara dan bunyi gitar yang tebal.

Legion Of Dis - Lagu terpanjang dalam album ani. Slow tapi berat dalam kegelapan ku kira adalah intipati bagi lagu ani. Ada jua beberapa riff yang kedengaran macam album durang sebelumnya. Mengiati jua ku pada band Winter yang too slow tapi berat. Siapa yang inda biasa mendangar Incantation atau muzik death metal slow tapi berat…mungkin album-album atau lagu-lagu Incantation bukan jadi pilihan. 

Bagi aku album ani sama saja macam album-album durang yang lapas. Inda banyak berubah dari rilisan klasik durang…heavy, dark, bising, growl…Secara keseluruhan album ani masih yang terbaik daripada Incantation. Tapi bila makin lama ku dangar album ani, ada sedikit bunyi zaman awal Scandinavian Death Metal. Tapi atu cuma imbas-imbas saja. Bukan disebabkan oleh Dan Swano? Yang bertanggungjawab dalam mixing dan mastering album ani. Yang penting muzik Incantation maseh tetap ada dan aku rasa muzik durang akan dikekalkan pada masa akan datang, tapi dengan riff-riff yang lebih hebat.
Album ani dkeluarkan dibawah Listenable Records, dan adalah album yang ketiga dibawahnya. Sebelum ani durang pernah di bawah Relapse Records dimana album-album awal durang yang ku kira cult di bawah payung Relapse. Lapas atu Candlelight Records hanya mengeluarkan satu relisan saja sebelum Listanable. Manakala, Seraphic Decay pernah mengeluarkan EP durang sebelum durang mengeluarkan album pertama. Album ani dimixing dan dimastering oleh Dan Swano. Siapa inda kenal Dan Swano…individu yang aktif dalam industri muzik ekstrem. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan